Tuesday, March 30, 2010

Cinta Sejati Umie - Khairuddin

Memilih untuk menyulam perasaan cinta selepas berkahwin. Terpancak riak bahagia di wajah Datin Paduka Umie Aida sepanjang berlangsungnya majlis persandingan di Hotel One World semalam. Berbusana merah hati rekaan Jovian Mandagie di pelamin bersama suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, nyata membawakan nikmat yang luar biasa bagi Umie selepas melalui fasa perkahwinan.

"Saya tak dapat describe bagaimana nikmatnya bercinta selepas berkahwin. Saya menyintai suami dan ianya lahir dan bergerak daripada Allah.

"Saya jadi manusia yang berbeza selepas mengenali Abang. Sebelum ini saya takut untuk berkahwin kerana bimbang tidak dapat menyintai pasangan sepenuh hati tapi syukur perasaan itu lahir sendiri apabila mengenali Abang.

"Detik berdua bersama Abang sangat berharga dan kami sedang angau bercinta. Kalau boleh nak berdua sentiasa ke mana-mana. Cinta selepas bernikah sangat berbeza nikmatnya dan ianya takkan boleh dijual beli," ujar Umie tersenyum bahagia di samping suami tercinta.


Dua minggu melayari bahtera perkahwinan, namun Umie hanya sempat menyediakan sarapan pagi untuk suami tercinta berupa roti sardin dan sup. Khairuddin hanya tersenyum dan mencelah masakan yang disediakan isterinya sangat enak.

"Abang tak suka saya memasak dan selalunya kami akan makan di luar. Mungkin dia kesian dengan isterinya," gurau Umie yang akan menikmati bulan madu selepas urusan perniagaan Khairuddin di London selesai.

Majlis persandingan ini turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan isteri, Erra Fazira, Ziana Zain, Fahrin, Azwan Hj Ali, Nora Danish, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac lalu.

1 comment:

  1. umie chantik sngt time nie..

    semoga kekel ke anak cucu..

    fuuuuhhhhhhhh...

    SAMAT PNGANTIN BAU!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: