LOS ANGELES - Penyanyi Puerto Rico, Ricky Martin (gambar) kini berdepan dengan perasaan terkejut para peminatnya di seluruh dunia setelah dia mengesahkan khabar angin bahawa dia seorang gay.
"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.
Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.
Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.
Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.
Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.
Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.
Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.
Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.
Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut.
ala...die nie mmg da dpt agak da pown..klu bab mgelek,ak yg pompan ni pown cair...
ReplyDeleteye....le tu....
ReplyDelete