PENDANG - Selepas lebih setahun hidup terumbang-ambing ditinggalkan ayah, nasib empat beradik di Kampung Alor Pulai, Yan di sini kini berubah.
Hasil campur tangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah membolehkan tiga daripada mereka yang tercicir persekolahan sejak setahun lepas meneruskan pendidikan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, di sini bermula semalam.
Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim berkata, selain kembali menyambung pelajaran, Mohamad Ridzuan Abdul Razak, 14; Mohamad Aiman, 13, dan Mohamad Khuzaimi, 11, juga diberi kemudahan untuk tinggal di asrama sekolah itu.
"Adik bongsu mereka, Nor Athirah, 8, akan terus belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kangkong," katanya ketika menghantar ketiga-tiga beradik di sekolah itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: