Monday, March 29, 2010

Nilai akaun simpanan-i Nuri kini RM187.8 juta


MOHD. YUSRI (empat dari kanan), Kamaruzaman dan Mazlan memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun Kelab Nuri di Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR - Nilai akaun simpanan-i Nuri telah mencecah kepada RM187.8 juta dengan memiliki seramai 454,000 pemegang akaun sejak kelab itu dilancarkan tiga tahun lalu.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, jumlah simpanan itu menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun lalu dengan hanya memiliki seramai 205,000 penabung dengan jumlah simpanan sebanyak RM74.5 juta sejak 24 Mac 2007 lalu.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak 122 peratus dalam kategori pendeposit dan kenaikan sebanyak 152 peratus bagi nilai simpanan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ketiga Kelab Nuri Bank Rakyat di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: