|
|
KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) melahirkan rasa lega apabila kerajaan memberi reaksi positif terhadap rayuan Kementerian Pertahanan untuk menimbangkan kenaikan dan pelarasan gaji anggota tentera.
Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani (gambar) berkata, beliau mengalu-alukan tindakan kementerian berkenaan dalam menjaga kepentingan anggota tentera sendiri.
"Walau bagaimanapun, saya dapati kementerian hanya bertindak mengenai perkara ini selepas melihat apa yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sepatutnya mereka mempunyai inisiatif sendiri dan jangan terikut-ikut sangat dengan PDRM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: