LOS ANGELES - Seorang bekas aktres filem lucah mendedahkan sejumlah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur seks sebagai bukti hubungan sulitnya dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods.
Sebuah akhbar kelmarin melaporkan bahawa Joslyn James atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels mendedahkan lebih 100 mesej yang didakwanya dihantar oleh Woods, di laman webnya, www.sex tingjoslynjames.com.
Semua SMS itu dihantar ke telefon bimbit James pada tahun lalu.
Dalam SMS bertarikh 30 Julai lalu, Woods, 35, mendedahkan pertemuan sulit mereka di sebuah hotel dan turut memberi amaran: "Pastikan tiada sesiapa melihat awak."
Setelah memberitahu nombor bilik hotel berkenaan Woods kemudian menulis: "Saya amat dahagakan tubuhmu."
Dalam beberapa SMS lain, bintang golf itu turut membayangkan fantasi seksnya.
"Saya teringin melakukan hubungan seks melibatkan tiga orang dengan awak bersama seorang wanita yang saya percayai," katanya.
"Saya mahu seks ganas termasuk menampar punggung dan menolak awak," tambah Woods dalam SMS pada Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, lebih 11 wanita telah dikaitkan dengan pemain golf itu sekali gus mencetuskan kemarahan isterinya, Elin Nodegren, 30.
Namun, pada Februari lepas, bintang sukan itu memohon maaf secara terbuka di televisyen berhubung hubungan sulitnya dan kembali semula ke pangkuan isterinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: