Friday, March 19, 2010

Saya Nak Cuti - Realisasi Impian

Tujuh pemenang bertuah telah pun diumumkan untuk menikmati percutian impian dan sekaligus menjadi hos program TV mereka sendiri. Lebih 3000 penyertaan, namun hanya tujuh yang bertuah dipilih untuk berkongsi kisah percutian mengasyikkan mereka bersama penonton menerusi saluran Astro RIA.

Antara pemenang Saya Nak Cuti ciptaan Malaysia Airlines ialah Mohammed Amyrol Bakhri (Bangkok), Aliff Ashari (Jogjakarta), Affandi Abdul Hamid (Tawau), Siti Nur Aishah Aleyes (Kota Kinabalu), Madina Yahya (Ho Chi Minh), Juliana Niza Ismail Adnan (Bali) dan Nur Fadhilah Hasnawi (Sandakan).

Madina antara peserta yang berjaya membawakan kisah menarik di sebalik keinginannya untuk ke Ho Chi Minh. Ibunya berasal dari Vietnam dan ayahnya dari Kemboja dan telah melarikan diri ke Thailand akibat peperangan yang melanda. Madina dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah berpeluang bertemu keluarga sebelah ibunya di Vietnam. Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk merapatkan lagi keluarga yang telah lama terpisah.

Bekas sukarelawan Palang Merah, Aliff Ashari berhasrat untuk kembali ke negara yang pernah dibantunya sewaktu gempa bumi melanda pada 2006. Harapan untuk melawat kampung dan melihat perubahan yang berlaku bakal direalisasikan menerusi program Saya Nak Cuti.

Para penonton berpeluang melihat sendiri percutian impian pemenang yang akan dihoskan mereka sendiri bermula 21 April 2010, pada jam 10.00 malam hanya di saluran Astro Ria (saluran 104).

Episod Saya Nak Cuti juga akan dimuat naik ke laman www.MAStraveller.com/SayaNakCuti sehari selepas tanyangan di Astro RIA.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: