Friday, March 19, 2010

Artis Dan Wartawan Saling Memerlukan - Siti Nurhaliza

Bergelumang 13 tahun sebagai anak seni dan sentiasa berada di atas satu pengalaman yang cukup berharga buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Mengharungi segala pahit maung sepanjang penglibatannya, namun Siti tetap diminati setiap lapisan golongan kerana tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi. Bagi Siti sendiri, jika inginkan penghargaan, kita juga harus menghargai orang lain.


"Jika kita berbudi bahasa, mereka juga akan menghormati kita. Artis dan wartawan saling memerlukan dalam industri seni. Walaupun kadang kala datang cabaran yang menduga, tak perlulah cepat melatah. Memang asam garam artis, banyak dugaan datang terutama bila berhadapan dengan media, tapi kita kena pandai hadapi sebab itu karier kita. Jadi artis tidak seburuk yang disangka, cuma kita perlu pandai bawa diri.

"Siti sendiri tak tahu agenda pihak yang mewujudkan laman web tersebut. Mungkin beliau ada masalah peribadi dengan seseorang individu namun tak perlulah membawanya ke tatapan umum," ujarnya ketika diminta mengulas perkembangan negatif budaya mewujudkan laman web membenci golongan tertentu terutama artis dan wartawan.

Empat Pencalonan Untuk AIM ke-17

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza menerima empat pencalonan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) menerusi lagu Ku Percaya Ada Cinta, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Amarah (duet dengan Krisdayanti), Album Pop Terbaik melalui album Tahajjud Cinta dan CTKD serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu Sebagai Teman.

Meskipun menyatakan hasrat untuk berehat daripada Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Juara Lagu pada tahun depan, namun Siti masih akan bertanding untuk Anugerah Industri Muzik kerana ianya melibatkan banyak pihak sepanjang proses pembikinan sesebuah album.

"Siti perlukan penghargaan untuk mereka yang bekerja keras selama ini. Tapi Siti lihat ianya perkembangan positif dalam AIM kali ini kerana banyak bakat baru yang tercalon," ujarnya berharap dikurniakan cahayamata secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: