
Md Haikal Abdullah, 25, segera meminta bantuan rakan sekerja menggunakan bot untuk mendapatkan kepastian dan apa yang dilihat ternyata jelas kaki manusia terjulur dan badannya.
:Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, polis yang mendapat panggilan daripada Md Haikal terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki berada di dalam guni plastik terapung di permukaan sungai tersebut.
Menurutnya, mayat yang masih lengkap berbaju T dan seluar jeans kelabu itu dipercayai mati lebih tiga hari lalu, malah wajahnya juga gagal dikenali kerana telah hancur.
“Setakat ini kita belum dapat mengesan waris mangsa memandangkan tiada identiti ditemui dan berkemungkinan besar mangsa juga adalah seorang warga asing.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar di leher, kedua-dua pergelangan tangan, jari manis tangan kanan dan kesan kelaran kecil di kedua-dua betis mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Shafien berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di sekitar tempat penemuan mayat tidak menjumpai sebarang senjata dan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai itu.
“Bagaimanapun kita mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: