Friday, March 12, 2010

Manohara, ibu diperintah bayar RM6 juta


Manohara


KUALA LUMPUR - Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan ibu, Daisy Fajarina diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membayar RM6 juta kepada suami beliau, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam saman memfitnah berjumlah RM105 juta yang difailkan oleh putera itu terhadap mereka.

Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din membuat keputusan itu dalam kamar.

Peguam Tengku Temenggong Kelantan itu, Mohd. Haaziq Pillay memberitahu pemberita bahawa Noordura memerintahkan pembayaran RM2 juta untuk ganti rugi teruk, RM2 juta ganti rugi teladan dan RM2 juta bagi ganti rugi pampasan dan faedah lapan peratus dari tarikh saman itu difailkan sehingga jumlah pembayaran diselesaikan.

"Mahkamah itu telah mengiktiraf bahawa fitnah itu sangat serius terhadap plaintif," kata Mohd. Haaziq sambil menambah bahawa mahkamah itu membuat keputusan tanpa perintah mengenai kos.

Beliau berkata, mahkamah memerintahkan bayaran itu setelah mengambil kira perihal khas kes, kedudukan tinggi Tengku Muhammad Fakhry dalam masyarakat dan seriusnya dakwaan yang dibuat oleh Manohara dan ibunya terhadap beliau.

2 comments:

Tinggalkan Komen Anda Sini: