Friday, March 12, 2010

Bukan Sultan fail cerai


ELIA semasa di mahkamah baru-baru ini.


KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan semalam mengesahkan permohonan pengesahan cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, bukan difailkan oleh baginda.

Ketua Pendaftarnya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata, permohonan pengesahan cerai tersebut difailkan oleh seorang wanita bernama Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang bertindak sebagai plaintif.

Menurut beliau, dari segi prosedur, pendaftaran permohonan pengesahan cerai itu sah tanpa mengira individu yang memfailkan kes tersebut.

Wartawan: Adakah ini bermakna, bukan Sultan Kelantan yang meminta dikemukakan permohonan pengesahan cerai talak tiga?

Abu Bakar: Kes tersebut difailkan oleh Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, bukan Tuanku Sultan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: