WALAUPUN kerjaya nyanyiannya semakin berkembang, penyanyi lagu popular, Not Fair, Lily Allen merancang untuk berehat dalam jangka masa yang agak lama sebelum menghasilkan sebuah lagi album baru.
Menurutnya, dia telah membuat keputusan untuk keluar seketika daripada perniagaan muzik kerana enggan membuat konsert jelajah memandangkan Lily bakal mendirikan rumahtangga.
"Menghasilkan sebuah album di zaman ini memerlukan komitmen yang besar. Orang tidak lagi membeli muzik sebaliknya mereka akan memuat turun lagu melalui Internet secara percuma.
"Pendapatan yang kita terima biasanya hasil daripada konsert jelajah yang memakan masa sekurang-kurangnya tiga tahun. Dan saya tidak sanggup melakukannya.
"Lagipun saya mempunyai teman lelaki serta memiliki rumah dan akan mempunyai anak juga suatu hari nanti. Jadi ia seperti tidak sesuai jika rancangan memiliki keluarga digabungkan dengan penghasilan album baru," katanya kepada contactmusic.
Bagaimanapun, beritahu Lily, keputusan yang dibuat tidak bermakna dia akan bersara daripada nyanyian, sebaliknya sekadar mengubah kehidupannya agar dapat berada di samping orang tersayang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: