Monday, March 1, 2010

Ibu selamatkan Rihanna

USIANYA baru 22 tahun tapi nama Rihanna sudah seiring dengan tokoh lain dalam dunia hiburan.

pix_middle
Pencapaiannya diiktiraf apabila memenangi anugerah Grammy ketiganya baru-baru ini.

Album terbaru Rihanna, Rated R terjual dua juta keping sejak mula diedar November lalu.

Penyanyi itu yang baru-baru ini menyangkal tuduhan dia sombong, minggu lalu mengungkit kisah silamnya ketika kanak-kanak.


Dalam temuramah dengan sebuah majalah, Rihanna menceritakan bagaimana dia dilindung oleh ibunya daripada pengaruh dadah.

Wanita kelahiran Barbados itu berkata, dia sering terserempak dengan bapanya menagih dadah di dapur kediaman mereka.

Meskipun tidak tahu apa yang berlaku, ibunya sering menegaskan, apa yang dilakukan bapanya adalah satu kesalahan yang akan merosakkan hidupnya.
"Saya masih dapat mengenang bagaimana ibu mengawal saya.

"Dia sering bergaduh dengan bapa setiap kali terjumpa bekas peralatan menghisap dadah.

"Kerana tidak tahan dengan tabiat buruk bapa, ibu memberinya dua pilihan. Dadah atau anak.

"Mereka akhirnya berpisah juga. Mungkin itu satu lagi tindakannya untuk menyelamatkan anaknya".

Dalam wawancara itu juga, penyanyi itu mengaku lagu Cold Case Love dalam album Rated R yang terjual dua juta keping sejak mula dipasarkan November lalu mengisahkan hubungannya dengan Chris Brown, orang yang bertanggungjawab mencederakannya tahun lalu.

Lagu itu dicipta hasil kerjasamanya dengan Justin Timberlake.

"Lagu ini untuk semua, Ia menceritakan apa yang saya pendam selama lapan bulan selepas dipukul Brown.

Mengulas tragedi itu, yang dianggap sebagai detik perubahan dirinya, Rihanna berkata: "Ramai yang masih ingin tahu mengenainya.

"Sebenarnya saya tidak mahu mengenangnya sebaik ia berlaku.

"Tetapi tumpuan diberikan oleh setiap saluran media hingga mendorong saya mengambil tindakan dan mengubah pendirian."

Pembabitan Rihanna dalam dunia hiburan bermula selepas dia berjaya menarik perhatian Jay-Z.

"Saya amat teruja ketika menerima pelawaan Jay-Z.

"Saya melonjak sambil berkata, 'Esok saya akan jumpa Jay-Z. Esok saya akan jumpa Jay-Z.'

"Saya gembira kerana menyedari itu peluang saya untuk menjadi terkenal.

"Dan saya menganggap peluang itu misi hidup mati saya."

Sementara itu, dalam wawancara lain, Rihanna meluahkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Lady GaGa.

Penyanyi Umbrella ini berkongsi minat untuk menghasilkan lagu dengan ratu tari itu kerana merasakan muzik mereka hampir sama.

"Saya yakin hasilnya pasti menarik kerana kami juga sukakan fesyen."
Selain itu, Rihanna mengaku ingin melakukan sesuatu yang baru termasuk menyanyikan lagu country.

"Saya percaya hasilnya lebih mantap dan kemungkinan besar akan melakukannya tidak lama lagi," katanya lagi.

Sementara itu, teman lelaki baru Rihanna, Matt Kemp yang menerima beberapa tawaran modeling sejak Rihanna mengaku terkejut dengan popularitinya yang melonjak tiba-tiba sejak berkenalan dengan penyanyi itu.

"Walaupun ia tidak mengganggu permainan saya, tetapi saya agak kekok untuk berdepan dengan jurukamera yang tiba-tiba muncul dari celah semak.

"Saya bukan selebriti yang mengharapkan populariti seumpama itu. Saya hanya pemain besbol," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: