Monday, March 1, 2010

Harry kembali ke Afghanistan?

LONDON: Walaupun sebelum ini Putera Harry mengaku ‘tidak cukup cerdas’ untuk menerbangkan helikopter penggempur Apache, perkembangan terbaru mungkin dapat membuktikan dia salah.

MISI BERBAHAYA...Harry (gambar kecil) akan mengendalikan helikopter Apache jika semua persiapan berjalan lancar.
MISI BERBAHAYA...Harry (gambar kecil) akan mengendalikan helikopter Apache jika semua persiapan berjalan lancar.
Sumber tentera Britain di Middle Wallop berkata, Harry kini mempertimbangkan untuk mengemudi helikopter canggih itu selepas cemerlang dalam sesi latihan.


Jika benar, ia mungkin dapat membantu merealisasikan impiannya kembali ke barisan depan di Afghanistan selepas berkhidmat seketika di situ pada Disember 2008.


Ketika ini berlaku kekurangan juruterbang Apache di negara berkonflik itu.


Menurut sumber, kini Harry belajar menerbangkan helikopter Lynx yang berfungsi sebagai sokongan dan perlindungan untuk konvoi, selain mengangkut tentera.


Apache pula, katanya, lebih berfungsi sebagai pesawat tempur.

Jika semua berjalan lancar, Harry mungkin menjejak kaki ke Afghanistan sekali lagi awal tahun depan.


Pegawainya di Middle Wallop berkata, prestasi Harry amat membanggakan dan di luar jangkaan jurulatih sehingga mereka tidak menolak kemungkinan pewaris takhta Britain itu akan turut mengendalikan Apache.


“Mengemudi Apache, anda perlu menguruskan maklumat dengan pantas dan sedar perkembangan sekeliling.


“Harry membuktikan dia berupaya,” katanya.


Untuk membolehkan impian itu tercapai, Harry perlu menjalani latihan lanjut enam hingga lapan bulan lagi sebelum tentera membuat keputusan muktamad.


Apache dilengkapi pelbagai peralatan canggih, termasuk enjin berkembar, 16 peluru berpandu Hellfie, 76 roket CRV-7 dan empat peluru berpandu udara ke udara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: