Thursday, March 25, 2010

Ella dalam Lagu Berduit


ELLA


RANCANGAN radio manakah pendengarnya hanya perlu mendengar lagu yang telah ditentukan dan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM10,000?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan Suria FM. Kembali pada tahun kedua, peraduan Lagu Berduit kini memasuki minggu terakhir dan menawarkan wang tunai sehingga RM38,000.

Nilai bagi setiap Lagu Berduit yang diputarkan adalah RM500, namun yang menariknya pada waktu bonus iaitu apabila Lagu Berduit yang dinyanyikan secara langsung ke udara, nilainya melonjak kepada RM 10,000.

Hari ini (Khamis, 25 Mac), Ella akan menjadi tetamu selebriti room bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 9 pagi bersama Halim Othman dan Zizi.

Apabila ratu rock Malaysia ini menyanyikan lagu untuk Lagu Berduit secara langsung, pendengar boleh mula menghantarkan SMS untuk mencuba nasib memenangi hadiah utama itu.

Untuk menyertainya, pendengar terlebih dahulu harus mendaftar menerusi SMS sebagai VIP Suria FM dengan menaip VIP NAMA PENUH nombor Mykad dan hantarkan ke 33988.

Sebaik saja mendengar Lagu Berduit diputarkan, pendengar perlu menghantarkan SMS dengan menaip LB dan kirimkan ke 33988.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Media, Suria FM, Roslinda Abdul Majid, peraduan Lagu Berduit Suria FM kian rancak sejak ia bermula 1 Mac lalu.

"Peningkatan jumlah penyertaan SMS yang diterima dari minggu ke minggu menjadi bukti sambutan hebat daripada pendengar.

"Kami percaya antara faktor utama yang membuatkan semakin ramai menyertai peraduan mudah ini adalah kerana kami memberikan peluang kepada lebih ramai pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM75,000," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Setakat ini, sejak dimulakan pada 1 Mac lalu, sebanyak RM37,000 telahpun diberikan menerusi Lagu Berduit Suria FM dimana seramai 32 orang telah berjaya memenangi RM250 sementara 17 orang telah pun berjaya memenangi RM500 dan lima orang telah berjaya memenangi RM5,000.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.suriafm.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: