Wednesday, March 3, 2010

Dengarnya... Yatt selamat bersalin anak perempuan





TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada pelakon, pengacara dan model Yatt yang selamat melahirkan bayi sulungnya bernama Suci Hanania Malika Abdul Mutalib pada Ahad lalu (28 Februari) jam 6.30 pagi. Alhamdulillah, Cik Normah tumpang seronok dengan berita ini.

Insya-Allah, menurut teman sepejabat Cik Normah, selepas berpantang beberapa hari di Ampang, artis jelita ini akan menyambung berpantang di rumah keluarganya di Seremban. Ketika ini, memang Yatt akan mengelak untuk mengambil gambar bersama anaknya. Tunggulah sampai dia selesai berpantang.

Cik Normah faham sekarang ini sudah menjadi aliran artis yang melahirkan anak akan mengadakan acara tertentu untuk memperkenalkan anak mereka. Tak kisahlah, Cik Normah faham kalau lepas bersalin mesti badan kembang dan tak nampak cantik di depan kamera. Biarlah cantik dulu baru bersemangat nak ambil gambar.


Cik Normah diberitahu nama anak itu adalah pilihan Yatt sendiri dan suaminya, Talib. Maksud nama itu ialah permaisuri suci yang dikasihi Tuhan. Cik Normah difahamkan sewaktu nak bersalin, Yatt berpeluang untuk merasai pengalaman merasai kesakitan melahirkan anak secara normal dan pembedahan.


Pada mulanya, Yatt memang nak melahirkan anak secara normal tapi selepas mengerang kesakitan dan bimbang anak dalam perut itu lemas, akhirnya perancangan itu bertukar menjadi pembedahan. Kepada Yatt, Cik Normah doakan semoga kehadiran bayi ini akan terus membahagiakan kalian ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: