Monday, March 8, 2010

Bullock menang aktres paling teruk


BULLOCK menunjukkan anugerah yang dimenanginya pada Anugerah Razzie di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Pelakon jelita, Sandra Bullock dinobatkan sebagai pelakon paling teruk sepanjang tahun 2009 pada Anugerah Razzie kelmarin.

Penganugerahan itu diberikan sehari sebelum majlis anugerah Oscar berlangsung.

Bullock menerima Anugerah Razzie menerusi lakonannya dalam filem All About Steve.

"Terima kasih kerana memusnahkan kerjaya saya dengan membuat keputusan yang salah," kata Bullock kepada sekumpulan pengkritik yang membuat keputusan anugerah berkenaan.

Dalam filem itu, Bullock melakonkan watak sebagai pereka silang kata akhbar yang jatuh cinta dengan seorang jurukamera dan menghendapnya.

Pelakon lelaki paling teruk dimenangi oleh anggota tiga beradik daripada kumpulan Jonas Brothers menerusi filem Jonas Brothers: The 3-D Concert Experience.

Filem paling buruk dimenangi oleh Transformers: Revenge of the Fallen.

Pelakon pembantu lelaki paling teruk dimenangi oleh Billy Ray Cyrus menerusi filem Hannah Montana: The Movie.

Aktres Sienna Miller menang anugerah pelakon pembantu wanita paling teruk menerusi filem G.I. Joe: The Rise of Cobra.

Pasangan paling teruk dalam filem dimenangi oleh Bullock dan Bradley Cooper berdasarkan lakonan mereka dalam filem All About Steve.

Lakon layar paling teruk dimenangi oleh filem Transformers: Revenge of the Fallen.

Pengarah filem paling teruk menjadi milik Michael Bay menerusi filem Transformers: Revenge of the Fallen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: