![]() |
| CHERYL |
LOS ANGELES - Muka selebriti Cheryl Cole menjadi merah padam apabila seorang rakan lelakinya mendedahkan bahawa beliau tanpa malu berjalan dalam keadaan separuh bogel di belakang pentas, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi yang ditipu suaminya, Ashley Cole yang merupakan bintang bola sepak England, kelihatan dalam keadaan tertekan ekoran keruntuhan rumah tangganya apabila beliau bertindak memarahi peminat dan menangis teresak-esak di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin.
Namun, pengadil program realiti televisyen, X Factor, Danish Soulshock, mendedahkan bahawa Cheryl melalui hari-hari hidupnya dengan keadaan sangat pedih.
Walaupun pahit, penyanyi kumpulan Girls Aloud itu tetap memberikan persembahan terbaik ketika melakukan persembahan pertamanya selepas berpisah dengan Ashley.
Produser muzik yang bekerjasama dengan Cheryl di Los Angeles dalam pembikinan album solonya berkata, penyanyi yang berusia 26 tahun itu menghabiskan masa selama satu jam berbual-bual di dalam bilik persalinan.
"Dia berada dalam keadaan yang sangat bersemangat. Dia kelihatan berada dalam keadaan baik dan fantastik," kata Soulshock.
"Saya katakan bahawa saya benar-benar lihat dia berada dalam keadaan baik.
"Dia kelihatan sangat kasual di dalam biliknya. Dia memakai sehelai pakaian mandi. Namun apa yang saya lihat sangat mengujakan," katanya.
Menurutnya, dia pernah bekerjasama dengan beberapa artis yang menjalani masalah peribadi tetapi mereka tidak mampu mengatasinya seperti Cheryl.
"Saya bersama dengannya beberapa kali dan dia (Cheryl) kelihatan tidak seperti bersedih.
"Malah, di Los Angeles seminggu lalu, dia tidak bercakap mengenai Ashley," tambahnya.
Penyanyi itu berpisah dengan Ashley yang merupakan pemain kelab bola sepak Chelsea selepas suaminya itu didapati menipu berhubung skandalnya dengan beberapa wanita.
Baru-baru ini, pihak media mendedahkan bahawa seorang model pernah mendapat mesej dan gambar kurang sopan yang didakwa dihantar oleh Ashley.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: