Friday, March 12, 2010

7,987 calon SPM catat keputusan cemerlang


GLADYS menunjukkan slip keputusan SPM di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.


PUTRAJAYA - Seramai 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009 mendapat keputusan peperiksaan masing- masing serentak di seluruh negara semalam.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah tersebut, 406,420 calon atau 87.2 peratus merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

"Saya berasa gembira untuk memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

"Ia dapat dilihat terutama dari segi peratusan bilangan calon yang memperoleh sijil, mendapat keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki," katanya di sini semalam.

Menurut Alimuddin, keputusan peperiksaan kali ini juga menggunakan sistem pengredan terbaru bertujuan membezakan pencapaian calon yang memperolehi keputusan cemerlang yang tertinggi.

Berbanding 1A bagi gred tertinggi sebelum ini, sistem gred terkini menggunakan A+ iaitu bagi calon-calon yang berada dalam kumpulan skor mata pelajaran 90 peratus dan ke atas.

Beliau berkata Gred Cemerlang Tertinggi diperkenalkan sebagai gred yang lebih tinggi daripada gred 1A bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: