PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) menolak dakwaan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang dilancarkan tahun lalu kurang mendapat sambutan memberangsangkan berbanding amanah saham lain.
LANCAR...Idris (tiga dari kiri) merasmikan promosi AS1M, semalam.
“Jumlah jualan hari pertama dana berkenaan tertinggi dicatatkan berbanding 200 juta unit dicatatkan menerusi jualan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) pada 1996 dan Amanah Saham Malaysia (ASM) pada 2000,” katanya.
Menurutnya, berbeza dengan lapan dana sebelum ini, AS1M dilancarkan dengan saiz besar menyebabkan ia lambat habis dijual kerana mahu memberi peluang kepada lebih ramai orang melabur tanpa perlu berebut.
“Selepas tujuh bulan dilancarkan, AS1M terjual 3.45 bilion unit membabitkan 244,735 pemegang akaun, sekali gus membuktikan dana ini terlaris.
“Malah, jumlah unit AS1M diyakini meningkat dengan keberkesanan program pendidikan dijalankan PNB terhadap masyarakat dari semasa ke semasa, selain keunikan tersendiri dana ini,” katanya. AS1M yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu adalah dana berharga tetap RM1 seunit dengan bersaiz 10 bilion unit yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan 50 peratus diperuntukkan untuk Bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan 5.0 peratus kepada kaum lain.
|
Dana itu dana kelima dilancarkan PNB selepas Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik dan Amanah Saham Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: