Monday, March 15, 2010

Adila Bernilai RM50,000

Adila mahu kelihatan lebih seksi daripada imejnya sebelum ini yang lebih sopan dan feminin. Bagaimana imej seksi boleh membantu meningkatkan karier Adila?

"Bukannya saya mahu seksi yang keterlaluan sehingga terdedah sana sini, cukuplah orang lihatnya daripada lenggok badan dan bahasa tubuh. Saya cuma mahu kelihatan lebih agresif sebab orang lihat saya terlalu lembut. Kalau boleh nak orang lihat saya seksi daripada cara saya membawa diri,"ujar Adila ketika penggambaran video klip Bidadari Syurga di Jakarta.

Terlebih dahulu dikenali dengan nama Nas Adila, gadis berusia 24 tahun ini pernah merakamkan dua buah album berjudul Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006). Entah di mana silapnya, namanya seakan tenggelam di sebalik kebanjiran bakat-bakat baru. Malah kehadirannya dalam program Akademi Fantasia (AF) musim 7 juga tidak menjanjikan perkembangan positif apabila menjadi peserta pertama disingkirkan.

“Selepas keluar AF baru saya tersedar, saya perlu buat perubahan dalam konsep dan imej. Walaupun tersingkir awal daripada AF, rezeki saya semakin menjadi-jadi dan sering mendapat undangan dari Sabah dan Sarawak.

“Tahun ini merupakan tahun saya perlu struggle untuk mencipta nama. Saya dan Riz (pengurus) berkongsi modal RM50,000 untuk pembikinan video klip Bidadari Syurga di Jakarta. Lagu ini dicipta oleh Jai dan Kahar Kahier. Bukan tak percayakan produksi Malaysia, sekadar mencari angin perubahan, tambahan pula Kahar memberi cadangan supaya bikin video klip di sini.

“Saya perlukan penampilan baru yang menyentuh pelbagai aspek dan tak kisah berbelanja besar untuk menjayakannya,” tegas Adila yang juga mengikuti kelas tarian di bawah bimbingan Linda Jasmine untuk memantapkan lagi persembahannya di atas pentas.

Melihat sendiri kesungguhan krew kerja yang penuh bertenaga dan ceria walaupun bekerja daripada dini hari sungguh menakjubkan, ditambah dengan celoteh pengarah, Kiky Zkr yang sarat dengan idea kreatif menghidupkan suasana penggambaran. Tambah mengujakan, model kacak kelahiran Malaysia yang kini popular di Indonesia, Keith Foo turut terlibat dalam pembikinan Bidadari Syurga. Apapun Mangga Online harapkan usaha Adila berbaloi dan menemui kemuncak kejayaan tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: