Monday, March 15, 2010

Makanan halal bukan masalah


Salah satu tempat makan makanan halal di Beijing.


ANTARA perkara yang menjadi kerisauan individu Islam yang berhajat melancong ke luar negara ialah tentang mendapatkan makanan halal.

Prihatin terhadap keperluan tersebut sesetengah negara yang bergantung kepada sektor pelancongan mengambil langkah mempopularkan restoran-restoran makanan halal.

Ini termasuk negara Tembok Besar, China yang semakin menjadi tumpuan pelancong-pelancong Islam termasuk dari Malaysia.

Kedatangan pelancong-pelancong Islam sedikit sebanyak telah membantu pertumbuhan restoran-restoran makanan halal terutama di ibu negaranya, Beijing.

Inisiatif sama turut disokong oleh syarikat-syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, yang menyajikan hidangan yang seratus-peratus halal dan membuka selera.

Dengan pengalaman selama 42 tahun, Cathay Pacific Catering Services (CPCS) turut menyediakan hidangan untuk lebih 30 buah syarikat penerbangan antarabangsa termasuk dari negara Islam seperti Malaysia Airlines, Emirates Airlines, Qatar Airways dan sebagainya.

Dalam tempoh setahun, CPCS berupaya untuk menyediakan lebih 20 juta lebih sajian untuk dibekalkan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

CPCS memiliki tenaga pakar yang terlatih bermula daripada peringkat atasan, penyelidikan, tukang masak hinggalah kepada pekerja-pekerja bawahan.

Semua proses dikawal sempurna daripada penyediaan bahan mentah, memasak, hingga ke proses penyajian makanan, penyimpanan di bilik dingin dan penghantaran ke kapal terbang.

CPCS juga mempunyai kawasan khusus untuk penyediaan makanan halal yang dipisahkan dari kawasan lain.

Di sini ia dilengkapi segala kemudahan termasuk bilik penyimpanan bahan-bahan mentah, bilik dingin beku, dapur, bilik pembungkusan makanan, dan seterusnya kawasan mencuci peralatan.

Semua kawasan ini dilabelkan dengan pelekat hijau, malah, semua peralatan di sini turut mempunyai label hijau termasuk apron yang dipakai oleh tukang masak dan pencuci lantai.

Penyediaan makanan halal di CPCS juga mendapat pengesahan sijil halal daripada badan Islam Hong Kong dan pemantauan daripada pihak berkenaan dilakukan secara berterusan.

Pihak berkenaan juga akan melakukan lawatan dan pemeriksaan tergempar tanpa mengira waktu. Bahan-bahan mentah pula diimport dari negara-negara Islam termasuk dari Malaysia.

Maklumat tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peserta program percutian Menjejak Tembok Besar China Mega-Utusan dan Poto Travel & Tour.

Program pelancongan selama enam hari lima malam dari 23 hingga 28 April (kumpulan pertama) dan 24 hingga 29 April (kumpulan kedua) itu, merupakan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega dan Poto Travel & Tours Sendiri Berhad dengan kerjasama Cathay Pacific.

Pakej tersebut ditawarkan pada minimum iaitu RM2,195 untuk dewasa dan RM1,780 (berkatil) hingga RM1,600 (tanpa katil) untuk kanak-kanak.

Harga tersebut meliputi tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Beijing, penginapan hotel, segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat lawatan, makanan halal, upah pemandu pelancong, caj visa dan cukai lapangan terbang.

Menurut Pengurus Pemasaran Poto Travel & Tours, Ab. Rahim Mohd Ali, sebagai menjaga sensitiviti peserta program yang rata-ratanya beragama Islam pihaknya berusaha memastikan sajian yang diberi benar-benar halal.

"Kami bukan saja akan bawa peserta makan di restoran halal yang banyak terdapat di Beijing, malah penerbangan yang kami pilih juga menyajikan sajian halal dalam kapal terbang," katanya.

Bercerita lanjut mengenai lawatan tersebut, Ab. Rahim memberitahu, para peserta akan dibawa berkunjung ke Tembok Besar China serta tempat tarikan pelancong lain seperti Medan Tianamen, Kota Larangan (Forbidden City), Masjid Niujie dan Stadium Olimpik.

Peserta juga berpeluang membeli-belah di pusat sutera dan jade, Sunny Gold Street, pusat mutiara air Segar dan kilang kristal dan berlian serta pelbagai tempat lain.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Poto Travel &Tours di talian 03-92006640.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: