jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Saturday, October 31, 2009

Ibu lapor anak tanam bayi





KELANA JAYA: Tidak tahan menyembunyikan rasa bersalah atas perbuatan anak gadisnya yang menanam bayi baru lahir menyebabkan seorang ibu nekad membuat laporan polis sebelum mayat bayi yang ditanam di kawasan pembuangan sampah itu ditemui.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun berkenaan yang melahirkan bayi tidak cukup bulan minggu lalu bertindak memasukkan bayi terbabit ke dalam bungkusan surat khabar sebelum dibalut pula dengan sarung bantal.

Gadis terbabit kemudian dikatakan menyembunyikan bayi yang sudah mati itu ke dalam plastik sebelum menanamnya di kawasan pembuangan sampah kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Cempaka, di sini.

Sumber polis berkata, ibu gadis terbabit yang mungkin berasa berdosa atas perbuatan anaknya itu dikatakan memaksa mangsa mengikutnya ke Balai Polis Kelana Jaya untuk membuat pengakuan terhadap perbuatannya itu.

Menurutnya, hasil laporan diterima itu, pihak polis dibantu lapan anggota forensik bertindak pergi ke lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang semalam bagi melakukan siasatan selain mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

Pihak polis terpaksa memanggil ibu gadis terbabit yang berusia 50-an keluar dari rumahnya bagi menunjukkan lokasi tepat mayat bayi berkenaan ditanam di kawasan pembuangan sisa sampah pepejal berhampiran.


Susulan maklumat diperoleh itu, anggota polis forensik memulakan kerja menggali berhampiran kawasan belukar berkenaan sebelum menemui satu bungkusan plastik di dalam lubang sedalam kira-kira 0.2 meter.

Berdasarkan apa ditemui, polis membuka plastik terbabit sebelum menemui kertas surat khabar dan kain sarung bantal digunakan untuk membalut bayi terbabit yang dalam keadaan berdarah.

Bagaimanapun ketika ditemui, mayat bayi terbabit dikatakan mulai reput hingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti jantina serta punca kematiannya. Susulan itu, mayat bayi berkenaan yang sudah mereput terpaksa dibungkus dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Ibu gadis terbabit yang ditemui di lokasi kejadian mendakwa anak gadisnya sebelum ini diperkosa seorang lelaki kumpulan samseng sekitar Mac dan April lalu.

Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan anaknya mengandung sebelum melahirkan kandungan terbabit dalam keadaan tidak cukup bulan di rumahnya.

“Anak saya kemudian tanam bayi itu di depan rumah. Kalau simpan (mayat bayi) dalam rumah nanti akan berbau busuk,” katanya yang turut menemani polis ketika kerja menggali dilakukan.

Dia yang sudah kematian suami sejak beberapa tahun lalu mendakwa bayi terbabit dipercayai mati ketika dilahirkan tidak cukup bulan.

“Mula-mula saya mahu diam tapi perkara ini adalah salah dan saya tidak mahu subahat. Saya mahu orang jahat (suspek yang merogol anaknya) kena tahan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut berikutan polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan.

Elly Mazlein sasar kahwin 2010

Elly Mazlein sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini.

SAYA rasa nak tamatkan zaman bujang dalam setahun lebih lagi,” kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang digembar-gemburkan akan berkahwin dengan seorang pengarah berusia 34 tahun yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Meminta penjelasan daripada pelakon yang wajahnya semakin banyak menghiasi kaca TV menerusi drama dan telefilem lakonannya, Elly enggan memberikan komen berhubung hal itu.

Katanya dengan penuh lemah-lembut, “bukannya saya tak nak beri kerjasama tetapi sebab ia berkait dengan peribadi saya.

“Kalau dah ada pengesahan, baru saya akan umumkan sebab saya takut kalau dah pukul canang nanti, kalau tak jadi siapa yang malu.

“Saya tahu ramai yang nak tahu sebab sudah ramai kawan-kawan sebaya dengan saya yang sudah berkahwin.”

Jelas pelakon drama yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini, sebagai seorang artis dia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku kepadanya termasuk gosip.

Elly sedang mencari masa yang sesuai untuk membuat persiapan perkahwinan.

“Sebelum ini saya tak pernah kisah dengan setiap gosip yang dikeluarkan sebab saya anggap ia sebagai usikan para wartawan.

“Ada yang kata saya bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan saya sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sebelah utara,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Elly tidak menafikan yang dia sedang mencari masa yang sesuai untuk membuat persiapan perkahwinan.

“Tipu kalau saya tak terfikir untuk berkahwin tetapi sekarang saya nak cari duit dulu kerana apabila sudah bersuami nanti saya tidak mahu terlalu sibuk seperti sekarang.

“Sementara saya masih belum mempunyai komitmen lain, saya akan ambil apa-apa peluang kerja yang ada,” katanya yang mengakui rezeki lakonannya tidak putus-putus sejak membintangi drama ‘Bella’.

Selain berlakon banyak drama dan telefilem, pelakon berusia 28 tahun ini juga telah berlakon dalam tiga buah filem iaitu ‘Gerak Khas The Movie’, ‘Janji Diana’ dan ‘Tangkai Jering’.

Elly sedang menjalani penggambaran drama 44 episod ‘Na O Mei’ untuk slot Akasia di TV3.

Sekarang, Elly sedang menjalani pengambaran drama 44 episod ‘Na O Mei’ untuk slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy ini akan selesai pengambarannya pada Januari depan. Dengan memegang watak Na O Mei, Elly berkata jalan ceritanya mengisahkan tentang kekeluargaan di mana seorang ibu berpisah dengan anak dan suaminya.

“Saya tertarik dengan watak dan cerita ‘Na O Mei’ serta suka bekerja dengan ramai pengarah. Selain itu, saya anggap tawaran ‘Na O Mei’ sebagai rezeki,” ujarnya yang masih lagi menyanyi tetapi tidak seaktif dahulu.

Jika tidak sibuk dengan lakonan dan mempunyai jemputan nyanyian, pasti Elly tidak akan menolaknya.

Mama pengkritik tetap lakonan

Secara jujurnya, Elly memberitahu yang dia jarang menonton hasil lakonannya di TV memandangkan dirinya selaku sibuk dengan lakonan.

Melainkan kalau sesi pengambaran dilakukan di rumah, dia akan cuba ‘curi-curi’ menontonnya. Jika tidak dia akan menonton di laman web YouTube sahaja kerana baginya ‘bagus juga menonton lakonan sendiri sebab dari situ kita dapat tahu kelemahan.’

Elly pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu ‘Gerak Khas The Movie’, ‘Janji Diana’ dan ‘Tangkai Jering’.

“Tetapi saya tak boleh nak kritik lakonan sendiri. Jadi, mama saya yang akan sentiasa menjadi pengkritik yang setia.

“Sebelum saya ceburi bidang lakonan ini, saya dan mama suka menonton drama Melayu bersama-sama dan selepas itu saling bertukar kritikan dan komen masing-masing,” beritahunya yang turut baru selesai pengambaran telefilem ‘Obsesi Trauma’ untuk RTM.

Apabila memegang watak utama sesebuah drama, Elly tidak akan mengambil banyak tawaran lakonan. Jadual kerjanya juga pasti akan padat dan dia hanya berpeluang mengambil cuti semasa Hari Raya.

Tiada istilah mustahil untuk Betty Banafe

Betty Banafe ialah penyanyi, pelakon, model dan pengacara.

DALAM karier seninya yang hampir menjangkau 10 tahun, pelakon dan penyanyi, Betty Banafe telah memegang pelbagai jenis watak dalam bidang lakonan.

Menurut Betty, dia pernah membawa watak-watak berat seperti orang sakit, tekanan perasaan, kisah duka kehidupan dan yang bersifat manipulasi.

Malah katanya, dia pernah memegang watak pesakit AIDS, Schizophrenia (skizofrenia - sejenis penyakit mental) yang disifatkan sesetengah pihak sebagai "berat".

"Orang lain cakap Betty bawa karakter yang 'berat'. Sejujurnya, saya sangat suka bergurau. Kalau marah pun, marah manja sahaja.

"Saya suka benda-benda yang mencabar. Ini termasuk melakonkan watak yang membuatkan orang ketawa dan pada masa yang sama memerlukan konsentrasi," kata Betty dalam satu sesi fotografi bersama mStar Online baru-baru ini.

Oleh itu, selebriti kacukan Melayu-Arab-Jawa ini menyifatkan watak peguam yang dipegangnya dalam filem Jin Notti memberi ruangnya untuk 'bergurau' sambil berlakon.

Betty pernah membintangi filem 'Buai Laju-Laju', 'Haru-Biru' dan '1957-Hati Malaya'.

Betty atau nama sebenarnya Ibtisam Abu Bakar Banafe, 31, memberitahu filem komedi itu adalah menyeronokkan kerana dia berpeluang membuat bahasa slanga dalam dialog.

"Walaupun skrip filem itu menggunakan bahasa direct (formal), saya membahasakan skrip dengan sedikit intonasi slanga dan dialek tertentu untuk memberikan keunikan pada filem itu," katanya yang fasih berbahasa Indonesia, Arab dan Inggeris.

Bagi Betty, pelakon haruslah diberi kebebasan untuk memilih dan mewarnai karakter yang dibawa sementara pengarah memantau dan menjaga had-had yang dibenarkan.

"Lakonan bukan sekadar glamor. Lakonan sebenarnya adalah bagi membolehkan anda menguji minda anda, dan bagaimana anda memaksimumkan bakat anda untuk menjadikan filem atau drama itu lebih berwarna-warni dan 'hidup'," ujarnya yang telah membintangi filem 'Buai Laju-Laju', 'Haru-Biru' dan '1957-Hati Malaya'.

Sebagai seorang pelakon yang versatil, pelakon berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (dengan Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telah berlakon di dalam berpuluh-puluh drama dan telefilem.

Nama Betty mula dikenali setelah berlakon di dalam filem 'Buai Laju-Laju' arahan U-Wei Shaari pada tahun 2003.

Antara yang pernah dibintangi Betty termasuk Dilema Wanita, Tak Pulang Nak Pulang, Bila rama-rama Terkopak Sayapnya, Sifu, Symbiosis, Yang Tulus, Aleya Maisarah, Hijab & Kabur, Hijrahku, Talkin Syahadah, Kepulangan, Kiranya Ku Tahu, I’m Muslim, Lady Anne, Nenek Sidah Dr. Syakila, Dari Maisara ke Qistina, Cats, Cikgu Siti, Shamsuddin, Siva & Partner dan Nur Penyuluh Alam.

Namun, namanya mula dikenali setelah berlakon di dalam filem 'Buai Laju-Laju' arahan U-Wei Shaari pada tahun 2003.

Antara lain, Betty turut dikenali setelah berlakon di dalam drama VCD Inggeris, 'Father', disamping aktor Bollywood Kabir Bedi.

Betty pernah terlibat di dalam pementasan teater 'Lorong Neraka', 'Hering', 'Demi Zaitun' dan 'Sarah'.

Mengenai perkembangan terkini kerjaya seninya, Betty berkata dia sedang terlibat dalam drama komedi berjudul 'Bagi Balik Jandaku' untuk Astro.

Betty ingin sebaris dengan mereka yang telah mencipta nama seperti Aziz M. Osman, Rashid Siber, Adam Wahab, Osman Hafsham dan Habsah Hassan.

Dalam drama komedi arahan Aziz M. Osman itu, Betty membawa watak Nora dan suaminya adalah Farid (lakonan Shamsul Ghau Ghau) sementara bekas suaminya bergelar Ramli (lakonan Beego).

"Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan pengarah Aziz M. Osman walaupun saya dah berkecimpung hampir 10 tahun dalam industri hiburan.

"Saya memang tertarik dengan sentuhan artistik pengarahan filemnya. Saya mengagumi disiplin tinggi Aziz. Pengurusan masanya amat baik. Lebih mengagumkan, beliau boleh membuat skrip di mana-mana lokasi penggambaran pun tanpa persediaan," katanya yang turut mempunyai album 'Ibtisam'.

Album 'Ibtisam' mempunyai 11 lagu termasuk Weylana, Waiyak, Abouya, Cinta Maulana dan Essaw Gharam yang berelemenkan muzik ketimuran.

Betty sedang terlibat dalam drama komedi berjudul 'Bagi Balik Jandaku' untuk Astro.

Tambah Betty, drama komedi 'Bagi Balik Jandaku' sebanyak 26 episod itu bakal ditayangkan di Astro Awani pada Disember ini.

Drama komedi ini mengisahkan Farid diperalatkan oleh majikannya Ramli yang telah menceraikan isterinya, Nora dengan talak tiga. Ini kerana Ramli ingin rujuk kembali dengan Nora.

Bagaimanapun, cinta itu buta. Selepas berkahwin dengan Farid, Nora jatuh cinta dengannya dan tidak ingin kembali ke pangkuan bekas suaminya.

Mengenai masa depannya, Betty berharap dapat mengembangkan kerjaya seni ke tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi penerbit dan produser suatu hari nanti.

Betty ingin sebaris dengan mereka yang telah mencipta nama seperti Aziz M. Osman, Rashid Siber, Adam Wahab, Osman Hafsham dan Habsah Hassan.

Tiada yang mustahil bagi Betty yang versatil ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Shakira berikrar tidak akan berkahwin tetapi mahukan anak

PENYANYI pop, Shakira berikrar tidak akan berkahwin kerana tidak mahu menjadi bahan sindiran media.

Dia sedang bercinta dengan seorang pelabur bank yang bernama Antonio De La Rua.

“Ianya amat melucukan bagaimana pihak media mahu mensensasikan perkahwinan saya dan bagaimana ia mengaibkan saya apabila saya berpisah,” ujar Shakira lagi.

Sementara itu, Shakira juga tidak sabar-sabar untuk menimbang cahaya mata bersama Antonio.

“Badan saya mahukan saya untuk mengandungkan anak dan kemudian melahirkannnya. Saya tidak semestiya sudah berkahwin dengan pasangan saya untuk itu,” jelas Shakira lagi.

Guru yoga tidak mahu mengajar Madonna

SEORANG guru yoga tidak mahu mengajar Madonna secara peribadi.

Ini kerana guru tersebut, Bikram Choudhury mahu Madonna mengikut kelas yoga bersama pelajar-pelajarnya yang lain.

Madonna tidak lagi mengikuti kelas dengan jurulatih senamannya, Tracy Anderson yang telah mengajarnya kelas senaman untuk satu tempoh masa yang lama.

Menurut sebuah portal luar negara, penyanyi terkenal itu mahu belajar cara senaman yang baru.

Madonna pada mulanya ingin belajar ”Bikram Yoga” yang dicipta oleh Bikram Choudhury.

Tetapi Bikram enggan mengajar Madonna kerana dia mempunyai masalah sikap.

”Madonna mendekati saya dan meminta saya untuk mengajarnya yoga. Saya memaklumkan kepadanya jika dia hendak belajar yoga dengan saya, dia terpaksa melupakan egonya dan datang sendiri ke kelas saya,” kata Bikram.

Dia juga menambah Madonna tidak akan menghiraukan sesiapa yang tidak menuruti kemahuannya.

”Saya tidak pernah menjalankan latihan secara peribadi untuk sesiapa,” jelas Bikram lagi.

Antara celebriti-celebriti lain yang merupakan klien Bikram termasuk George Clooney, Jessica Simpson dan Jim Carrey.

Mereka tidak pernah membantah cara Bikram mengajar yoga.

Project gim bawah tanah Cheryl Cole ditolak

PROJEK bawah tanah untuk membina sebuah gim dan kolam renang di rumah penyanyi Cheryl Cole terpaksa dibatalkan.

Ini kerana pihak berkuasa disana membatalkan usul yang dikemukakan oleh bintang terkenal itu.

Cheryl juga didakwa membina gim dan kolam renang bawah tanah itu untuk memudahkan jurukamera mengambil gambarnya semasa dia sedang berenang dan membuat senaman.

Jelitawan itu juga turut mendakwa suaminya Ashley tidak dapat menggunakan gim awam kerana perhatian yang diterima dari orang awam.

Itu juga merupakan salah satu sebab kenapa dia bercadang untuk membina sebuah gim dan kolam renang dalam rumahnya.

Menurut salah seorang daripada pegawai yang bertugas, pelan kolam renang yang dikemukakan itu akan mengganggu kestabilan rumah tersebut.

Cheryl bercadang untuk membelanjakan 40,000 Dollar untuk membina gim dan kolam renang bawah tanah tersebut.

Filem MJ perolehi 20 juta dolar pada hari pertama tayangan

Orang ramai menari di depan pawagam Grand Rex pada 28 Oktober 2009, selepas menyaksikan tayangan dokumentari filem "This Is It".

FILEM dokumentari 'This Is It' yang merakamkan raptai konsert Michael Jackson beberapa hari sebelum kematian mengejutnya pada Jun lalu mencatatkan perolehan AS$ 20.1 juta di box-office Amerika syarikat (AS) pada hari pertama raptainya.

Menurut laporan media, filem itu meraih hasil jualan tiket sebanyak AS$12.7 juta di seluruh dunia sementara AS$7.4 juta di AS.

Sambutan menggalakkan daripada orang ramai mungkin menggalakkan Sony Pictures untuk memanjangkan tempoh penayangan filem itu di pawagam.

Michael Jackson beramah mesra dengan para penonton semasa memegang "Millennium Award" yang dihadiahkan kepadanya di upacara The 2000 World Music Awards, Monaco, French Riviera, pada 10 Mei 2000.

Buat masa ini, ia ditayangkan selama dua minggu sahaja. Tempoh dokumentari itu adalah 90 minit. Ia merupakan sedutan daripada rakaman raptai selama 100 jam.

Hasil jualan tiket itu dikeluarkan oleh sebuah majalah yang mengenalpastikan Raja Pop itu memperolehi AS$90 juta pada tahun itu, termasuk AS$72 juta sejak kematiannya.

Erra kendali program realiti bola sepak 'Tiger Futbol Starz'

Erra Fazira mengendalikan program realiti bola sepak buat pertama kalinya.

SEBAGAI bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) meneruskan lagi penerbitan rancangan-rancangan hebat dengan memperkenalkan sebuah lagi program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak, 'Tiger Futbol Starz' yang dibawakan bersama Krafts Food.

'Tiger Futbol Starz' ialah sebuah program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak yang menerapkan elemen keseronokan, drama serta memberi aspirasi kepada kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun berlatih untuk menjadi juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA (saluran 104), Encik Khairul Mizan Shagul, “Objektif utama penerbitan program ini adalah untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan di samping komitmen kami dalam memberi hiburan yang pelbagai melalui platform yang kami sediakan.

"Program realiti bola sepak ini diadakan khusus bagi tontonan seisi keluarga kerana selain dari memfokuskan kepada kemahiran bermain bola sepak, program ini juga mendidik para peserta tentang sikap bekerjasama dan kepimpinan dalam sebuah pasukan.

"Pelbagai elemen kehidupan seharian dan drama bakal dilihat di dalam program ini yang menjadi asam garam bagi sesebuah program realiti."

Menurut Pengurus Besar Krafts FoodS Malaysia & Singapore; Mr Dieter Schulz, “Program 'Tiger Futbol Starz' memberi platform kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat mereka yang terpendam dalam bidang bola sepak.

"Kami mahu melengkapkan kanak-kanak ini dengan kemahiran asas bermain bola sepak dan dalam masa yang sama mendidik mereka tentang kepentingan mengambil nutrisi yang betul sebelum menjadi seorang atlet.

"Kami percaya semangat kerjasama di antara ahli pasukan serta nilai-nilai murni dapat disemai dengan menggalakkan kanak-kanak ini untuk bercampur-gaul dengan rakan-rakan yang datang dari latar belakang yang pelbagai semasa menjalani latihan dan cabaran-cabaran bola sepak kelak.

"'Tiger Futbol Starz' juga mengukuhkan lagi nilai jenama ‘sekuat harimau’ yang mengajar kanak-kanak untuk makan makanan berkhasiat dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa bekerja dalam pasukan dan bersukan.”

Sesi ujibakat akan diadakan di beberapa tempat terpilih seperti berikut dari jam 7 pagi hingga 5 petang:

Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur- 31 Okt 2009

Padang Merdeka Perbandaran Berjaya, Kota Kinabalu, Sabah- 7 Nov 2009

Dataran Merdeka Kuching, Sarawak- 14 Nov 2009

Padang Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah- 21 Nov 2009

Padang USM, Pulau Pinang- 22 Nov 2009

Dataran JB, Johor Bahru, Johor- 28 Nov 2009

'Tiger Futbol Starz' ini terbuka warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 12 tahun.

Mereka yang berminat hanya perlu hadir dalam pakaian sukan dan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.

Mereka juga perlu membawa sekeping gambar saiz pasport serta kad pengenalan MyKID / MyKAD sebagai bukti pendaftaran.

Bagi mereka yang membawa sepeket biskut Tiger (sebarang jenis) semasa pendaftaran, mereka berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada barangan Tiger.

Dua puluh satu orang peserta terbaik yang terpilih dari sesi ujibakat ini akan dimasukkan ke dalam ”Akademi Tiger Futbol Starz” di Casa MSN selama 2 minggu untuk menerima pelbagai latihan intensif.

Tiga orang peserta terbaik yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang telah dijadualkan bakal menerima habuan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan akan didaftarkan untuk menyertai sekolah sukan yang berprestij di dalam negara, Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Pelakon, penyanyi, model dan wajah eksklusif Astro, Erra Fazira telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program realiti bola sepak sebanyak 12 episod ini.

Drama Las Vegas musim keempat membariskan ramai jelitawan

LAS Vegas drama yang cukup popular kembali di 8TV! Kali ini lebih banyak plot-plot menarik dan pastinya kita dapat melihat lebih ramai wanita cantik yang akan menghiasi drama bersiri ini.

Las Vegas (Musim ke-4) disiarkan setiap Sabtu jam 10.30 malam hanya di saluran hip 8TV.

Musim terbaru ini membawa kita ke episod terakhir musim yang lalu di mana pihak pengawal menyedari tembakan yang dilepaskan dari Ed manakala Danny dan Delinda akhirnya menyedari yang mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Salah seorang dari pengawal Montecito menyedari bahawa beberapa kad palsu telah digunakan di dalam kasino dan telah meletakkan Mike, Mitch dan Shannon untuk menyelesaikan masalah itu.

Banyak masalah timbul apabila mereka mendapat tahu ada pihak yang berjaya memecah masuk ke sistem kawalan keselamatan di Montecito.

Mary cukup marah apabila mendapat tahu hubungan Danny dan Delinda melalui Mike dan Sam. Namun setelah berhadapan sendiri dengan Danny dan Danny dengan jujurnya memberitau Mary perasaan sebenar beliau, Mary beralah dan redha dengan keputusan Danny.

“Las Vegas merupakan sebuah drama yang hebat! Dibintangi pelakon-pelakon popular, drama ini mampu menarik peminat penonton untuk terus menonton drama ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Drama ini telah banyak menerima pengiktirafan dan memenangi beberapa anugerah antaranya ‘ASCAP Award Top TV Series’ di ASCAP Film & Television Music Awards 2004, ‘BMI TV Music Award’ di BMI Film & TV Awards 2004, ‘BMI TV Music Award’ di BMI Film & TV Awards 2005 dan ‘VES Award Outstanding Models & Miniatures’ di Broadcast Program at the Visual Effects Society Awards 2006.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama bersiri ini ialah Josh Duhamel, James Lesure, Vanessa Marcil, Molly Sims, James Caan, Nikki Cox, Mitch Longley dan Marsha Thomason.

Las Vegas (Musim ke-4) merupakan sebuah drama yang hebat dan pastinya membuat anda terus melekat di kaca TV. Jangan ketinggalan untuk menonton musim terbaru Las Vegas di saluran hip 8TV setiap hari Sabtu jam 10.30 malam.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Drama Taiwan terbaru ‘MOMO LOVE’ di 8TV

MOMO Love, sebuah drama yang bakal menyentuh perasaan penonton mengenai ketentuan takdir seorang remaja perempuan yang ingin bermain cinta tetapi dikongkong oleh abang-abangnya dengan sangat ketat.

Drama baru bersiri 15 episod Taiwan ini bakal menghiasi slot 'Hito Idol Teater' anda akan mula bersiaran pada 24 Oktober, setiap Sabtu jam 6.30 malam hanya di 8TV.

Drama bersiri MOMO Love ini dibintangi oleh barisan pelakon handalan dan popular Taiwan seperti pelakon dan juga penyanyi Cyndi Wang yang melakonkan watak remaja perempuan yang bernama Tao Hua; pelakon, penyanyi dan juga model terkemuka Jiro Wang sebagai kekasih Toa Hua bernama Shi Lang.

Manakala pelakon-pelakon lain yang turut tampil dalam drama ini yang memegang watak abang-abang Tao Hua ialah Ken Chu. Abe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao dan Jing.

Walaupun Toa Hua amat mahir dalam sukan judo, namun itu tidak menjadi alasan kepada abang-abangnya untuk tidak memperhatikan tindak tanduk lelaki-lelaki yang cuba mendekati adiknya.

Rasa tanggungjawab yang besar dan tidak mempercayai orang di sekeliling menjadikan Tao Hua di kawal ketat oleh lima orang abang-abangnya.

Empat dari lima abang-abang Tao Hua digelar Romeo kerana keempat-empat mereka ini berperawakan menarik, tampan, berbakat dan aktif bersukan.

Manakala abang Toa Hua yang bungsu pula tidak mempunyai kualiti-kualiti yang boleh menarik perhatian gadis-gadis namun itu tidak menjadi halangan bagi beliau menjadi abang yang paling tegas malah beliau sanggup menggadaikan pelajarannya semata-mata untuk menjaga adik perempuan kesayangannya.

Kecantikan sebagai seorang gadis yang meningkat dewasa dimiliki oleh Toa Hua. Disebabkan kecantikan beliau maka ramai jejaka cuba mendekati Toa Hua namun telah dihalang oleh kelima-lima abangnya dan diberi kata dua agar mencermin diri sendiri dahulu.

Alasan yang diberikan oleh abang-abangnya ialah, jika ada lelaki yang ingin cuba mendekati adik mereka, lelaki tersebut perlulah mempunyai kualiti-kualiti yang ada pada abang-abang Toa Hua.

Keegoan lima abang-abang Toa Hua akhirnya tercabar dengan kehadiran kekasih Toa Hua yang terbaru iaitu Shi Lang yang mempunyai kualiti-kualiti yang melebihi mereka.

“Momo Love merupakan sebuah drama komedi romantik mengenai percintaan remaja dan perhubungan antara adik-beradik yang menarik untuk ditonton.

"Penonton pastinya akan terpaku dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui kisah lanjut dan pengakhiran percintaan Toa Hua. Kami pasti Momo Love dapat mencuri hati penonton setia 8TV,” kata Pengurus besar 8TV, Cik Lam See Kim.

Dapatkah Toa Hua meneruskan percintaannya dengan Shi Lang? Adakah percintaan Toa Hua dan Shi Lang akhirnya direstui oleh abang-abangnya?

Jangan lupa menyaksikan kehebatan drama terbaru Taiwan ini di 8TV, setiap hari Sabtu bermula 24 Oktober ini jam 6.30petang.

8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708. Sekarang, anda juga dapat menyaksikan rancangan 8TV kesukaan anda dengan menaip mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

Untuk keterangan lanjut dan mengetahui cerita-cerita terbaru, sila layari laman web kami di www.8tv.com.my.

Ditayangkan setiap hari Sabtu, 6.30pm – 8.00pmTarikh siaran: 24 Oktober – 30 Januari 2010

Bahasa: Mandarin

Jumlah episod: 15 x 90 minit

Pelakon-pelakon: Cyndi Wang, Ken Chu, Calvin Chen, Jiro Wang, Gabe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao dan Wang Jinlun

Drama 'The Adjusters' penuh misteri...

SEBUAH lagi drama baru, 'The Adjusters' hasil produksi tempatan, bakal menemui penonton setia 8TV.

8TV dengan bangganya memperkenalkan drama bersiri terbaru berjudul ‘The Adjusters’.

Drama bersiri ini akan mula menemui penonton setiap hari Ahad jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2009.

Drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya Rynn Lim, Chris Tong, Aric dan Chan Fong.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Ini merupakan sebuah drama bersiri yang hebat yang telah diterbitkan oleh produksi tempatan yang tidak asing lagi iaitu Double Vision.

" ‘The Adjusters’ tampil dengan plot yang cukup unik yang penuh dengan teka-teki. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang mengikuti perjalanan drama bersiri ini,” kata Swee Kim.

‘The Adjusters’ memaparkan kisah mengenai Andy Wong yang merupakan seorang ketua di sebuah firma Penyelaras Insurans yang dikenali ramai.

Andy mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengurus beliau – Pakcik Ming dan pembantunya Annie. Andy juga cukup dikenali ramai kerana telah banyak menyelesaikan kes-kes penipuan.

Manakala Wilson Wong pula merupakan seorang Inspektor Polis yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Annie namun Annie pula menjalinkan hubungan cinta dalam diam dengan Andy.

Etika pekerjaan mereka tidak membenarkan pekerja menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja dan mereka berdua terpaksa merahsiakan perhubungan mereka.

Pakcik Ming yang merupakan mentor kepada Andy pula merupakan seorang penyelaras insurans yang paling berpengalaman.

Pakcik Ming juga merupakan rakan karib Andy dan menganggap Andy seperti adik kandung beliau.

Perhubungan mereka cukup akrab namun setelah isteri Pakcik Ming terlibat dalam kemalangan dan koma, Pakcik Ming berubah menjadi seorang yang pendiam.

Tidak lama kemudian, Pakcik Ming berhenti dan bekerja dengan sebuah firma sekuriti lain sebagai Pengurus.

Suatu rompakan terlah berlaku di pejabat baru Pakcik Ming dan suspek yang disyaki ialah pekerja baru yang dipilih sendiri oleh Pakcik Ming.

Andy telah dipilih untuk menjalankan siasatan ke atas kes rompakan tersebut.

Atas rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku, Pakcik Ming menghantar surat perletakan jawatan dan suspek tersebut berjaya melarikan diri.

Syarikat terbabit membuat tuntutan insurans yang besar dan Andy dan agensi tempat beliau bekerja dipilih untuk mengendalikan kes tersebut.

Setelah melakukan beberapa penyiasatan Andy dan Annie mendapati ada beberapa kemusykilan yang berlaku dalam kes itu dan segala maklumat berbalik kepada Pakcik Ming.

Mampukan Andy menyelesaikan kes yang berkaitan dengan mentor beliau? Adakah Andy mampu menyelesaikan kes itu secara profesional dan melupakan persahabatan yang terjalin?

Berjayakah Andy dan Annie merahsiakan perhubungan cinta mereka dengan tekanan kerja yang mereka lalui?

Jangan ketinggalan untuk mengikuti misteri yang berlaku di sebalik drama bersiri ‘The Adjusters’ yang akan menemui anda setiap Ahad jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2009 hanya di saluran 8TV.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini anda boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Ahmad Dhani sokong poligami

Ahmad Dhani sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi dan kisah hangat sama ada ianya datang dari dirinya sendiri ataupun dari pihak lain. Antara kisah panas itu ialah perbalahannya dengan syarikat rakaman dan juga kes perceraiannya dengan Maia Estianty yang dianggap peminat sebagai konflik mengelirukan lantaran sikap menuding jari antara satu sama lain terhadap punca kemelut.

Terkini, kisah sangat peribadi Ahmad Dhani yang juga tuan punya syarikat Republik Cinta Management seperti didedahkan media Indonesia dalam satu temu bual menggemparkan dunia hiburan negara itu apabila mengakui yang dia sudah mempunyai isteri baru atau dalam kata lainnya bernikah lagi setelah berpisah dengan Maia.

Ketika majlis pelancaran album jazz pertamanya, Muhammad Dhani & The Swinger di ibu kota baru-baru ini, media tempatan turut mengajukan pertanyaan mengenai siapakah wanita yang menjadi isteri keduanya itu, Ahmad Dhani hanya tersenyum dan lebih selesa mengatakan biarlah jawapan tersebut hanya dia sahaja yang tahu.

Akan tetapi, ramai sedia maklum, Ahmad Dhani sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan salah seorang bekas anggota kumpulan Ratu, Mulan Jameela.

Di majlis itu juga, vokalis utama kumpulan Dewa 19 itu turut menyatakan beliau amat menyokong amalan poligami.

“Saya percaya semua lelaki di dunia ini sukakan poligami. Cuma mereka takut untuk menyatakan hasrat mereka untuk berpoligami. Bagi saya, poligami yang betul adalah diketahui oleh isteri yang pertama,” kata Ahmad Dhani yang merakamkan semula lagu Madu Tiga nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam album jazznya itu.

Baru-baru ini juga, penyanyi yang cukup terkenal dengan sikap yang agresif ini pernah mengeluarkan kenyataan pedas yang mengatakan mereka yang menentang poligami adalah munafik.

Azizi seronok buat kerja amal

Duta remaja Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia, Azizi Zakaria, 18, bangga mampu berbakti kepada golongan memerlukan pada usia muda pada satu majlis ‘Raya 1Malaysia’ anjuran Kelab Lions di sekitar Perak, baru-baru ini.

Naib Juara Digi Celebriteen 2007 itu merasa amat bertuah apabila diberi peluang meraikan penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi, Perak bersama dua selebriti iaitu Baki Zainal dan Dina Nadzir turut serta menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di bawah jagaan pusat tersebut.

Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang lalu, beliau telah menghadiri lebih daripada lapan buah rumah anak yatim di seluruh Malaysia termasuk Langkawi, Melaka, Johor Bahru, Lembah Klang dan Ipoh.

”Saya memang suka beramal. Ada yang berkata artis-artis sekarang menggunakan ini sebagai satu platform untuk mempromosikan diri. Bagi diri Azizi, sebagai artis remaja baru, niat saya hanyalah satu, beramal. Sekiranya Azizi dapat membawa keceriaan dan keseronokan kepada anak-anak yatim ini, sampai mana pun Azizi sudi hulurkan bantuan dan sokongan sekadar mana yang mampu.

“Lagi pun saya masih muda, tidak salah jika ingin beramal ketika masih muda. Tidak perlu menunggu ketika sudah berumur nanti baru nak beramal,” jelasnya ketika dihubungi.

Azizi yang pernah mengeluarkan single bertajuk Sentiasa berkata: “Pada masa kini, sambutan perayaan di negara Malaysia bukan lagi disambut untuk satu kaum sahaja, malah disambut oleh segenap lapisan masyarakat menerusi sesi beramah mesra dan rumah terbuka. Tambahan pula, ketika musim perayaan, kita dapat merapatkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia khususnya menerusi kerja-kerja amal sebegini.”

Dalam perkembangan lain, Azizi dan lebih 20 lagi selebriti Malaysia kini terlibat dalam sebuah lagi kempen amal menyelamatkan alam sekitar yang dianjurkan oleh sebuah syarikat produk kesihatan berasaskan bio-organik, Kiehl’s dan Yayasan Warisan Anak Alam yang dinamakan ‘Save Our Rare Earth’.

Pada 14 November ini, beliau dan selebriti lain yang terlibat dengan kempen tersebut akan melawat tapak perkhemahan yang disertai sekumpulan kanak-kanak istimewa di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

Misteri cuti pegawai penyiasat




SHAH ALAM - Polis Selangor terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebaskan tanpa melepaskan tiga orang tertuduh yang didakwa dalam kes dadah selepas dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu tidak dapat hadir perbicaraan di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sebelum perbicaraan semua saksi di kalangan anggota polis, kecuali pegawai penyiasat Inspektor Chong Voon Loong, hadir di mahkamah menunggu giliran untuk memberi keterangan.

Malah, katanya, semua bahan bukti iaitu dadah yang dirampas telah dibawa ke mahkamah.

"Barang bukti yang gagal dibawa hanyalah sebuah beg yang digunakan ketiga-tiga suspek untuk menyimpan dadah yang dirampas.

"Beg tersebut disimpan oleh Voon Loong di dalam peti besi di pejabatnya," jelas beliau.

Dalam perbicaraan di mahkamah Tinggi di sini kelmarin, menurut beliau, pegawai dari Jabatan kimia telah memberikan keterangan sebelum diikuti keterangan saksi-saksi polis.

"Bagaimanapun, saksi-saksi polis terpinga-pinga apabila melihat ketiga-tiga suspek bertempiaran melarikan diri dari kamar mahkamah sebelum mereka dapat memberi keterangan," katanya.

Melihat ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ekoran keputusan Mohtarudin, saksi-saksi yang menunggu di luar kamar mahkamah mengejar dan dapat menahan seorang daripada tertuduh.

Kes kekasih Voon Loong masih disiasat


Kondominium Vista Damai di Jalan Tun Razak tempat Yoke Tien (gambar kecil) mati terjatuh dari tingkat 18 di bangunan itu.


KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Tun Razak di sini pada 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, walaupun kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, siasatan masih diteruskan kerana sebelum kejadian mangsa didakwa telah bertengkar dengan teman lelakinya.

Teman lelaki mangsa merupakan seorang pegawai polis, Inspektor Chong Voon Loong yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baru.

"Buat masa ini kes itu masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana hasil siasatan mendapati ia tidak melibatkan perbuatan jenayah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Zakaria, siasatan juga mendapati mangsa sebelum ditemui mati tidak pernah diugut oleh teman lelakinya ataupun individu lain.

Pada 21 Oktober lalu, Kok Yoke Tien, 22, yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di sini ditemui mati di beranda tingkat satu kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi.

Mangsa terjatuh dari kediamannya di tingkat 18 dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Gred baru ke IPTA tahun depan


PERTAMBAHAN pelajar cemerlang di peringkat SPM mendorong pelaksanaan sistem gred baru dengan merit yang memberi keutamaan hanya kepada pelajar terbaik untuk ke IPTA.


PUTRAJAYA - Persaingan untuk merebut tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan menjadi lebih sengit menerusi pengenalan kaedah pengiraan merit di bawah sistem penggredan baru.

Perubahan itu dilakukan bagi memilih hanya kumpulan pelajar terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini.

"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik dengan membezakan pencapaian antara A+ dengan A atau A-,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Di bawah sistem baru itu, pencapaian A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14.

Pasukan petugas siasat laporan Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA - Kerajaan menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet yang bermesyuarat semalam dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

"Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu.

"Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Keluarga mangsa mahu saman kontraktor


GAMBAR menunjukkan kerja-kerja menyiapkan jambatan gantung di Kampar sebelum ia runtuh pada malam Isnin lalu yang mengorbankan tiga nyawa.


KAMPAR - Keluarga tiga murid yang maut dalam tragedi jambatan runtuh di Sungai Kampar di sini Isnin lalu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor yang membina jambatan terbabit.

Seorang bapa murid malang itu, K. Vasudevan berkata, dia tiada pilihan lain dan tetap bertekad untuk mengheret kontraktor berkenaan ke mahkamah.

"Saya secara peribadi mahu pihak yang membina jambatan yang tidak kukuh itu dihadapkan ke muka pengadilan," katanya kepada Kosmo! semalam

Mengakui tindakan saman di mahkamah itu tidak akan mengembalikan semula anaknya, V. Diryasree, 12, menurut beliau, setidak-tidaknya ia akan memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sambil lewa dalam menyiapkan apa jua projek terutama untuk kegunaan murid sekolah.

Dalam pada itu, bapa mendiang murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mambang Di Awan, M. Darapharshini, K. Mageswaran pula menggesa jawatankuasa khas yang ditubuhkan baru-baru ini menyiasat dengan terperinci mutu jambatan gantung itu.

"Saya secara peribadi mahu menyaman kontraktor berkenaan jika benar terbukti ada kecuaian dalam pembinaannya," katanya.

Belum dapat perintah sebat Kartika

MELAKA - Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor atas kesalahan minum arak masih tidak dapat dijalankan kerana Jabatan Penjara masih belum mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah Kuantan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara sudah menyediakan pegawai sebat untuk melaksanakan tugas berkenaan dan pihaknya hanya menunggu perintah mahkamah itu.

"Kita sudah membuat segala persiapan tetapi masalah yang timbul ialah kita belum lagi menerima perintah daripada Mahkamah Syariah Kuantan. Kita tidak pasti berapa lama lagi kita terpaksa tunggu sebelum hukuman itu dapat dilaksanakan.

"Jika kita dapat surat perintah, hukuman sebat itu akan dilaksanakan segera dan tidak timbul masalah di pihak kementerian," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan dan asrama baru Sekolah Henry Gurney, Telok Mas yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di sini semalam.

Peguam mati terkejut dicekik penyamun


RUMAH banglo Thiruchelraegaran yang diceroboh penjenayah di Bukit Damansara semalam sehingga meragut nyawanya.


KUALA LUMPUR - Dalam keadaan menahan sakit akibat dicekik penjenayah, sebelum diserang penyakit jantung, seorang peguam berusia 75 tahun sempat melepaskan ikatan pada isterinya yang dikurung.

Isteri mangsa yang kemudian mendapati keadaan suaminya yang semakin lemah bercadang mahu menghantar M. Thiruchelraegaran ke klinik tetapi tidak kesampaian kerana suaminya terlebih dahulu meninggal dunia.

Bedah siasat menunjukkan mangsa dari Jalan Batai di Bukit Damansara di sini mati akibat diserang penyakit jantung selepas terkejut berhadapan dengan tiga lelaki yang menceroboh masuk rumahnya pada pukul 4 pagi semalam. Dia dicekik dalam kejadian itu.

Sebelum kejadian, tiga lelaki itu masuk ke rumah mangsa melalui pintu kaca menggunakan tiga penyodok tanah ketika peguam dan isterinya sedang tidur.

Kumpulan penjenayah itu kemudian mengikat dan mengurung isteri mangsa di dalam sebuah bilik di rumah banglo itu.

Selepas itu, salah seorang penjenayah yang geram dengan mangsa yang enggan mengikut arahan mereka telah mencekik peguam itu.

Peniaga didakwa bunuh amah


MURUGAN dibawa ke Mahkamah Majistret Klang semalam atas dakwaan bunuh amah.


KLANG - Seorang peniaga air tebu di pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediamannya di Taman Sentosa di sini di antara 18 hingga 20 Oktober lalu.

Tertuduh, A. Murugan, 35, dituduh dengan niat menyebabkan kematian Muntik, 36, yang memegang nombor pasport AK 072947 di rumah No. 11, Jalan Dato' Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa di sini.

Murugan yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Afifah Mamat @ Yusof menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes itu yang telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Lukis peta dalam 30 minit


MOHD. YUSRI menunjukkan lakaran kartun serta peta Semenanjung Malaysia yang dilukis di rumahnya di Hutan Kampong, Alor Setar.


ALOR SETAR - Jika remaja sebaya dengannya sekadar pandai melukis kartun, Mohd. Yusri Mohd. Yusof, 11, pula cekap melukis peta.

Kebolehannya melukis peta banyak negara di dunia mengagumkan guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan (SK) Hutan Kampong di sini.

Dia bukan sahaja boleh melakar sempadan sesebuah negara tetapi juga rupa bentuk bumi dengan kehalusan menyamai paparan buku atlas.

Bakat Mohd. Yusri juga terserlah pada kemampuannya melukis banyak bangunan bangunan pencakar langit dunia dengan hanya menggunakan pensil 2B.

Semuanya bermula apabila dia melihat watak kartun Naruto dalam komik dan di televisyen sejak berusia sembilan tahun.

"Mula-mula saya lukis kartun watak Naruto kerana terlalu minat dan kemudian mencari asal-usulnya di laman web interaktif Google Earth.

"Apabila saya tahu Naruto berasal dari Jepun, saya mula meminati hobi melukis peta dunia,'' katanya.

Mohd. Yusri mendakwa boleh melakar peta Malaysia dengan lengkap dalam masa 30 minit.

Meluncur di atas peminat




LELAKI ini sepatutnya datang ke Kuala Lumpur Julai lalu bagi melontarkan suara uniknya untuk lagu-lagu seperti Smack That, Beautiful, I Wanna Love You dan Dont Matter. Namun, disebabkan kecemasan keluarga pada waktu itu, lelaki Amerika-Senegal ini terpaksa membatalkan persembahan sulungnya di ibu negara.

Tiga bulan kemudian Aliaune Badara Akon Thiam atau lebih popular dengan nama Akon, kembali mengatur siri jelajah ke Asia Tenggara. Apa yang pasti kali ini, seperti dijanjikan, Kuala Lumpur berada dalam senarai kota persinggahan konsert jelajah itu.

Mengambil sempena album ketiganya Freedom, konsert yang diberi nama Akon Freedom Beach Concert 2009 ternyata memukau dan mengubat rindu lebih 15,000 yang membanjiri Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang minggu lalu.

Penuh energi! Ia adalah perkataan yang paling sesuai untuk menilai persembahan lelaki ini. Memulakan persembahan dengan lagu Cross That Line, penyanyi yang selesa dengan irama R&B dan pop ini membuatkan peminatnya mula berteriak memanggil nama Akon.

Tanpa iringan penari tambahan atau penyanyi selingan, Akon semakin selesa melontarkan satu demi satu lagunya malam itu. Penyanyi yang juga terkenal sebagai komposer, penerbit album dan ahli perniagaan itu, kemudian mengalunkan gabungan lagu-lagu daripada album pertama dan keduanya, Trouble dan Konvicted seperti Shake Down, We Takin Over, I'm So Paid, Soul Survivor dan Locked Up.

Biarpun Akon antara penyanyi yang sangat misteri dan perahsia mengenai kehidupan peribadinya, namun ternyata bintang yang pernah membesar di Dakar, Senegal sehingga berusia 15 tahun tidak dangkal bila berkomunikasi dengan peminat di Sunway Lagoon.


MENDENDANGKAN 22 buah lagu popularnya, Akon memukau lebih 15,000 peminatnya pada Akon Freedom Beach Concert 09 di Sunway Lagoon.


Sebelum ini, bukan sahaja bilangan isteri Akon yang menjadi persoalan dan perhatian media, malah umur Akon sendiri masih menjadi misteri. Sesetengah media melaporkan Akon dilahirkan pada tahun 1981, manakala Associated Press menyatakan dia dilahirkan pada tahun 1973.

Tidak cukup dengan rahsia umur, sebagai seorang Muslim, Akon juga dilaporkan mempunyai tiga orang isteri. Bagaimanapun, Akon dalam satu temu bual menafikan laporan tersebut sambil memberitahu dia hanya mempunyai seorang isteri bernama Tomeka.

Biar berapa pun isterinya, yang pasti dia adalah bapa kepada enam orang anak dan Akon memastikan semua orang kesayangannya itu jauh daripada lensa kamera media.

"Mereka adalah nyawa saya, tetapi sebolehnya saya tidak mahu mereka dikejar jurugambar. Saya mahu mereka hidup seperti orang biasa tanpa gangguan," ungkap Akon dalam satu temu bual bersama media, Blender.

Bijak berinteraksi

Seorang insan yang sarat dengan kasih sayang, mungkin kerana itulah Akon banyak menyentuh mengenai nilai itu di pentas persembahannya.

Malah, malam itu Akon menggunakan namanya sebagai kata laluan untuk kasih sayang. "Kadang-kadang lelaki sukar untuk mengungkap kasih sayang atau malu untuk memulakan hubungan intim. Jadi malam ini, gunakan kata laluan Akon," katanya sebelum memulakan lagu Dangerous.

Bijak mengatur kata-katanya dalam berinteraksi mengikut lagu yang ingin didendangkan, Akon menyentuh lebih mendalam mengenai kasih sayang sebelum menyanyikan lagu I Wanna Love You.


AKON mengakui berbangga kerana selepas lima tahun dia kini bukan sahaja penyanyi yang disegani bahkan seorang komposer yang telah menaikkan artis-artis baru seperti Lady Gaga dan T-Pain


Malam di Surf Beach yang dibawakan oleh Marctensia itu menjadi semakin bingit dan panas apabila Akon mula menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Bartender, Smack That dan Beautiful.

Peminat yang semakin larut dengan energi luar biasa Akon, mula menyanyi dan menari mengikut irama rancak lagu-lagunya.

Bahkan, bagaikan menyerap tenaga yang diberikan peminat di Sunway Lagoon malam itu, Akon juga semakin teruja sehinggakan menanggalkan bajunya.

Kemuncak konsert penuh energetik Akon malam itu tentulah saat dia terjun ke atas lautan penonton. Lebih membuatkan ramai penonton histeria apabila Akon seperti meluncur kira-kira 100 meter dengan hanya menggunakan tangan penonton.

Malam yang semakin panas, membuatkan Akon mula menjirus badannya dengan beberapa botol air mineral selain turut dipercikkan kepada penonton di bawah.

Melabuh tirai konsert malam itu dengan lagu Sweet Escape keseluruhannya Akon mendendangkan 22 buah lagu dalam konsert yang berdurasi sekitar 90 minit itu.




Seronok di KL

Keesokannya saat ditemubual media, akui bintang yang menaikkan nama penyanyi seperti Lady Gaga itu bahawa dia sangat seronok membuat persembahan di Kuala Lumpur.

"Malam semalam sangat mengagumkan. Tentunya saya mahu kembali beraksi di Kuala Lumpur," akuinya.

Ditanya mengenai gimik hebat yang dilakukannya, Akon memberitahu pada mulanya dia tidak mahu melakukan aksi meluncur di atas penonton.

Bagaimananapun, dia mahu memberi peluang kepada penonton terutamanya di bahagian belakang untuk lebih mendekati dan merasai kehangatan konsert itu.

'Saya tidak ada musuh'


SETIAP kali sebelum muncul di pentas semua pelakon dan krew sempat berdoa agar diberi keberkatan oleh Tuhan.


SYABAS buat semua tenaga kerja yang terbabit dalam teater Cuci The Musical (Cuci) kerana teater pertama terbitan syarikat milik Hans Isaac itu sungguh menghiburkan.

Namun, dalam kerancakan peminat teater membanjiri Istana Budaya (IB) saban malam untuk menonton teater Cuci The Musical yang mula dipentaskan pada 23 Oktober lalu sehingga 8 November depan, ada pula cerita kurang baik tentang produksi teater itu sendiri.

Ada pihak yang mendakwa kononnya teater tersebut disabotaj pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi Hans.

Bukan sahaja bab pelakon dan penari tercedera semasa sesi latihan dan persembahan tetapi kononnya separuh pentas yang digunakan oleh produksi teater terbakar.

Selain itu, ada pihak mendakwa produksi Cuci The Musical terlalu urban sehingga ketika azan berkumandang, sesi latihan tetap diteruskan tanpa berhenti untuk menghormati azan.

Sejauh mana kebenaran gosip yang bertebaran tentang teater Cuci The Musical hanya Hans dan orang yang terlibat dalam produksi itu sahaja yang tahu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hans baru-baru ini.

Kosmo!: Kononnya ada pihak mahu sabotaj Hans dek kejayaan teater itu sehingga tayar kereta Hans dipancitkan. Benar ke?

Hans: Memang benar, tetapi orang yang cuba pancitkan tayar kereta saya hanya lepaskan angin saja. Saya tidak pernah buat masalah atau bermusuh pada orang lain. Sesiapa yang tidak puas hati dengan saya terpulang pada mereka. Saya hanya lakukan kerja saya sahaja.

Bagaimana pula dengan cerita seorang penari terjatuh dari pentas pada ketinggian empat meter sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital?

Mana ada empat meter? Memang ada penari yang jatuh tetapi dari ketinggian dua meter sahaja. Mungkin masa itu, dia penat sangat dan keadaan pentas yang gelap sebab itu terjatuh. Tetapi ambulans sedia 24 jam sepanjang sesi latihan dan persembahan, dalam tiga minit ambulans sampai. Penari itu dimasukkan ke hospital dan sekarang sudah okey. Sejak kejadian itu, kami lebih berhati-hati dan saya berpesan pada mereka supaya menjaga keselamatan. Saya juga mengambil insurans untuk semua orang yang terlibat dalam Cuci The Musical dan selalu bincang tahap keselamatan dan kesihatan mereka semua.

Ada khabar kononnya separuh pentas terbakar semasa sesi latihan?

Mana ada pentas terbakar? Kalau setengah set hangus, saya rasa teater ini tidak boleh dipentaskan. Sebenarnya hanya berlaku litar pintas sahaja, cuma bau hangus macam terbakar. Cerita itu diperbesarkan dalam keadaan yang tidak seronok. Kalau benar ia terjadi, sebagai penerbit saya harus tahu.

Pihak produksi juga dikatakan tidak menghormati azan sepanjang sesi latihan berlangsung sehingga pihak IB terpaksa menguatkan laungan azan sebagai isyarat supaya anda semua berhenti. Komen?


HANS ISAAC


Itu perkara yang tidak betul kerana 95 peratus tenaga produksi termasuk pelakon semuanya beragama Islam. Saya tidak pernah sekali pun dalam hidup mempersoalkan isu ini. Saya agak sensitif bila artikel keluar seperti itu. Seingat saya sepanjang sesi latihan kebanyakan mereka sembahyang ketika waktu rehat. Pihak IB juga tidak pernah buat seperti yang dikatakan. Ini informasi salah yang datang dari dalam. Kalau saya buat salah, saya mengaku tetapi kali ini tidak. Tidak benar sama sekali.

Mungkin ada orang cemburu dan tidak suka apa yang dikecapi Hans?

Mungkin kita dah berjaya dan ada orang yang tidak suka saya berjaya. Apabila saya mengarah sebuah filem, bukan semua orang berpuas hati. Itu adat dunia hiburan. Sebagai penerbit setiap keputusan yang diambil tidak akan gembirakan hati semua orang tetapi saya akan pastikan 80 peratus daripada mereka puas hati.

Ramai yang membandingkan teater Cuci The Musical setaraf dengan teater Puteri Gunung Ledang. Bagaimana Hans menerimanya?

Produksi saya tidak pernah tunjuk yang kita bagus cuba untuk banggakan masyarakat Malaysia dan tidak mahu malukan sesiapa termasuk Istana Budaya. Kalau mereka anggap teater Cuci The Musical bagus, saya bersyukur.

Bagaimana dengan kutipan tiket setakat ini?

Kutipan bagus, saya melabur banyak untuk sesuatu yang berbeza serta kualiti tetapi saya tidak mahu penonton membayar tiket yang terlalu mahal.

Benarkah terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa di lalui Hans sepanjang berlangsungnya teater ini?

Dugaan itu biasalah. Kalau nak buat sesuatu yang berlainan kena usaha lebih dan kena buat cara yang susah baru hasilnya bagus. Kalau buat cara senang semua orang pun boleh buat, kalau susah baru orang perasaan perbezaan teater Cuci dengan teater yang lain. Saya harap orang ramai datang dan saksikan sendiri.

Ulang gimik cara lama


SETIAP pasangan peserta Sehati Berdansa 3 mewakili pertubuhan amal dan kebajikan terpilih.


Pasangan yang sepatutnya tersingkir pada minggu pertama Sehati Berdansa 3, bekas pemain hoki kebangsaan, Mirnawan Nawawi atau Mirna dan isterinya, Noorah Mokhsin, kini sepatutnya berasa lebih lega apabila masih diberi peluang meneruskan perjuangan.

Wajah terkejut dan gembira pasangan ini juga jelas kelihatan apabila perjuangan mereka membuat kebajikan untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak terhenti pada langkah mula.

Memungut kutipan markah yang terendah iaitu sebanyak 41 peratus, Mirna akui pada awalnya dia dan isterinya berasa amat sedih tatakala diumumkan tersingkir.

Namun setelah penyingkiran itu ditarik balik, mereka merasakan peluang untuk terus kekal di pentas Sehati Berdansa tidak akan disia-siakan.

Tambah pula dia enggan memberikan persepsi bahawa ahli sukan sepertinya tidak boleh menari dengan baik.

"Jika musim lalu, pasangan ahli sukan yang tersingkir awal tetapi saya ingin mengubah tanggapan penonton dimana ahli sukan yang keras dan tak pernah menari seperti saya masih lagi boleh menari.


MIRNA dan Norah, pasangan yang sepatutnya tersingkir tetapi kemudian lega kerana diberi peluang kedua.


"Sedih rasanya bila awal-awal lagi disingkir. Kami memang mengharap sangat agar tiada penyingkiran pada minggu pertama. Pada masa yang sama, kami juga tetap akan bersiap sedia kerana program ini akan mempunyai banyak kejutan.

"Apapun, kami gembira kerana diberikan peluang kedua. Sekurang-kurangnya kami sudah mempelajari tarian hip-hop pada minggu ini dan kalau boleh biarlah kami kekal lama supaya dapat belajar lebih banyak tarian lagi.

"Saya dan isteri akan cuba yang terbaik dan terpulanglah kepada pengundi di luar sana dan juri untuk menilai," katanya.

Tambah Mirna, berdasarkan persembahannya dan Norah pada minggu pertama yang bertemakan 'malam yo' atau tarian hip-hop, tidak terlintas di fikiran mereka akan mendapat markah terendah.

"Bila menonton semula persembahan kami, rasanya tidaklah terlalu teruk dan kami sudah buat yang terbaik.

"Kalau ikutkan, saya sendiri terkejut sebab mampu melakukannya walaupun hanya berlatih selama tiga hari. Memang saya dan isteri bangga dengan pencapaian kami.


PERSEMBAHAN Nazril dan Sazzy kurang mendapat perhatian penonton.


"Tetapi mungkin juga juri melihat daripada aspek-aspek tertentu," kata Mirna yang dibimbing oleh koreografer, Dayana.

Beritahu Norah pula, jika melihat pada persembahan mereka, ia kelihatan seperti Mirna yang telah membuat salah dalam tarian, walhal Mirna berusaha menyembunyikan kesilapan Norah.

"Andai kata kami disingkir, pasti saya akan rasa bersalah. Kesilapan yang berlaku bukan kerana dia, tetapi daripada saya," ujarnya.

Pada malam pertandingan itu, Isma AF7 dan suaminya, Zul berjaya mengatasi lapan pasangan lain dengan mengumpul markah sebanyak 55 peratus. Dira dan Ash mendapat markah kedua tertinggi dengan jumlah 54 peratus diikuti dengan Sein dan Nana (51 peratus), Sazzy Falak dan Nazril (48 peratus), Didie Alias dan Sham (46 peratus), Oshin dan Firdaus (45 peratus), Enot dan Zainul (45 peratus), Anita Baharom dan Ismadi (45 peratus).

Pertandingan ini diadili juri profesional iaitu Joseph Gonzales dan dua juri jemputan, Michael Xavier serta Cat Farish. Sementara 50 peratus undian pula berdasarkan pilihan penonton melalui SMS dan talian tetap.

Setiap minggu sebanyak RM1,000 yang akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang diwakili mereka.

Anang temui pengganti KD?




SETELAH rasmi menjadi duda, Anang Hermanshah sebenarnya sudah bebas untuk mencari pengganti Krisdayanti, jika ada.

Ketika media bertemu Anang pada majlis Bikeholic di Pantai Karnaval, Ancol, Anang hadir bersama dua anaknya itu untuk berwawancara dengan beberapa pihak wartawan.

Persoalannya, Anang telah membawa seorang wanita yang turut mengikutinya bersama anak-anak. Kelihatan seperti wanita itu begitu akrab dengan anak-anak Anang.

Ramai yang membuat spekulasi mengatakan wanita itu mungkin akan menjadi pengganti Krisdayanti. Ketika ditanya tentang hal itu, Anang enggan memberi sebarang komen.

“Sudah-sudahlah, tak perlu lagi mahu berbicara tentang hal ini. Saya sudah penat,” kata penyanyi Separuh Jiwaku Pergi.

Didesak lagi dengan soalan mengenai perancangan bekas isterinya yang mahu membuat sidang media khas mengenai punca penceraian mereka, Anang juga enggan mengulas lanjut dengan hanya berkata “ Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Saya tak mahu komen lagi.”

Jacques Chirac dituduh amal rasuah



Jacques Chirac


PARIS – Reputasi Jacques Chirac tercemar selepas seorang hakim memerintahkan bekas presiden Perancis itu dibicara berhubung beberapa dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku sepanjang beliau memegang jawatan Datuk Ban dar Paris.

Satu kenyataan dari pejabat Chirac semalam menyatakan bahawa beliau dan sembilan yang lain didakwa berhubung peranan mereka memberikan 21 kontrak untuk projek yang tidak wujud.

Ia turut memberitahu bahawa Chirac tenang dalam menghadapi semua pertuduhan tersebut.

Walaupun perintah hakim telah dikeluarkan, Chirac, 76, yang merupakan Datuk Bandar Paris dari 1977 hingga 1995 sebelum beliau dipilih sebagai presiden, belum pasti dihadapkan ke mahkamah.

Ia berikutan pendakwa raya kanan Paris, Jean-Claude Marin sebelum ini menyatakan, tiada kes salah laku melibatkan bekas presiden itu.

Marin dijangka mengemukakan rayuan berhubung keputusan hakim berkenaan, Xaviere Simeoni, yang diberi kuasa untuk membawa semua suspek tersebut ke muka pengadilan.

Sekiranya beliau berbuat demikian, keputusan muktamad sama ada Chirac akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya, hanya akan diketahui dalam tempoh satu atau dua tahun.

Dakwaan yang disiasat Simeoni berkait rapat dengan 35 kontrak yang diberikan oleh Dewan Bandar Raya Paris kepada beberapa rakan dan sekutu politik Chirac.

Chirac memperoleh imuniti sepanjang 12 tahun menjadi presiden sehingga 2007 kini berhadapan hukuman penjara maksimum 13 tahun atau denda sehingga AS$742,000 (RM2.5 juta).

Sepanjang sejarah moden Perancis, belum pernah bekas presiden didakwa kerana rasuah dan perbicaraan Chirac merupakan satu penghinaan terbuka kepada pemimpin yang disanjung dunia politik tempatan selama empat dekad.

Kapal penumpang gergasi keluar limbungan


KAPAL GERGASI Oasis of the Seas menjalani ujian pentauliahan berhampiran limbungan di Turku, Finland pada 28 September lalu.


HELSINKI - Kapal penumpang terbesar di dunia, Oasis of the Seas memulakan pelayaran pertamanya menuju ke Miami, Amerika Syarikat (AS) dari sebuah limbungan kapal tempat ia dibina di Finland.

Kapal sepanjang 360 meter berharga AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion) itu dimiliki oleh syarikat perkapalan Royal Caribbean Cruise Lines.

Ia dijadual memulakan operasi di Miami Disember ini. Kapal berkenaan dilengkapi 16 dek penumpang di samping 2,700 kabin serta mampu menampung seramai 6,300 penumpang dan 2,100 krew.

Ia turut memiliki arena terbuka bersaiz sebuah padang bola selain menampilkan beberapa kemudahan lain untuk aktiviti penumpang seperti teater dengan 750 tempat duduk, sebuah gelanggang luncur ais dan kawasan hiburan remaja.

Oasis of the Seas dibina oleh firma Korea Selatan, STX meninggalkan pelabuhan Turku, barat daya Finland semalam serta dijadual singgah di pelabuhan Southampton, England sebelum belayar ke Florida.

Bintang Slumdog Millionaire kaki ponteng


AZHARUDDIN MOHAMMED ISMAIL dan Rubina Ali dirakam menaiki teksi di Mumbai baru-baru ini.


MUMBAI – Dua bintang kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Azharuddin Mohammed Ismail dan Rubina Ali diberi kata dua bahawa mereka akan kehilangan elaun bulanan dan akaun tabung amanah jika berterusan ponteng sekolah, kata seorang pemegang amanah tabung berkenaan kelmarin.

Penyelaras tabung amanah tersebut, Noshir Dadrawala memberitahu, beliau kesal kerana Azharuddin dan Rubina yang masing-masing berusia 11 tahun dan 9 tahun, mencatat rekod kehadiran yang amat tidak memuaskan iaitu cuma 27 peratus.

“Tingkah laku mereka amat menyedihkan,” kata Dadrawala yang menyelaras tabung amanah Jai Ho susulan penubuhannya oleh penerbit Slumdog Millionaire untuk menyediakan pendidikan, elaun sara hidup dan perumahan kepada dua bintang kanak-kanak itu yang membesar di kawasan setinggan Mumbai.

Menurutnya, Azharuddin dan Rubina Ali melonjak popular selepas membintangi Slumdog Millionaire namun, jadual promosi yang ketat menjadi punca mereka kerap ponteng sekolah.

“Mereka berulang kali berkunjung ke luar negara seperti Paris dan Cochin. Kunjungan seperti itu boleh dilakukan pada hujung minggu namun, mereka tidak boleh sesekali mengabaikan pelajaran,” jelasnya.

Tambahnya, pihak pengurusan tabung amanah Jai Ho telah memutuskan akan memotong elaun bulanan setiap seorang sebanyak AS$120 (RM410) jika peratusan kehadiran mereka gagal melepasi tahap 70 peratus selain kehilangan dana amanah itu.

Sementara itu, ibu Azharuddin, Shameen Ismail berkata, anaknya kerap ponteng sekolah sejak dua minggu lalu kerana sukar dipujuk selepas kematian bapanya pada September lalu akibat penyakit batuk kering.

“Dia asyik menangis, oleh itu saya membiarkan dia berada di rumah untuk seketika,” katanya.

Namun, wanita itu turut berjanji akan memastikan bahawa perkara tersebut tidak akan berulang pada masa hadapan.

Filem This Is It ‘meletup’




LONDON – Walaupun bercorak dokumentari, filem This Is It yang memaparkan persiapan konsert terakhir Michael Jackson (gambar) ‘meletup’ dengan jumlah kutipan mencecah £12 juta (RM67.8 juta) pada hari pertama tayangannya di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Sambutan hangat tersebut sama sekali di luar jangkaan para penggiat filem Hollywood.

This Is It memaparkan aksi lincah Michael ketika mengadakan latihan pentas sempena siri konsert kemunculan semula Raja Pop itu di London sebelum kematiannya pada 25 Jun lepas.

Filem itu memecahkan carta kutipan Box Office di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dengan kutipan £5 juta (RM28.2 juta) manakala £1.2 juta (RM6.7 juta) lagi diperoleh di Britain.

“Sambutan hangat peminat menandakan permulaan menakjubkan buat filem ini dan ia membuktikan bahawa Michael Jackson masih memiliki daya tarikan global,” kata seorang jurucakap studio Columbia Pictures yang menerbitkan This Is It.

Susulan sambutan luar biasa itu, tempoh dua minggu penayangannya akan dilanjutkan manakala cakera video digital (DVD) filem itu pula dijadual berada dalam pasaran pada tahun depan.

Lelaki 112 tahun pikat dara 17 tahun


AHMED MUHAMED DORE bersama Safia Abdulleh di Guriceel, Mogadishu kelmarin.


MOGADISHU - Seorang warga emas Somalia yang layak dipanggil moyang, Ahmed Muhamed Dore, menikahi Safia Abdulleh selepas berjaya memujuk gadis berumur 17 tahun tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Ratusan tetamu membanjiri majlis perkahwinan meriah lelaki berumur 112 tahun itu di bandar Guriceel, 364 kilometer dari ibu negara Mogadishu kelmarin.

Isterinya berasal dari kampung yang sama dan dianggap setaraf dengan piut Ahmed malah dia terpaksa menunggu Safia mencapai usia remaja sebelum melamarnya.

Dalam satu wawancara BBC, Ahmed menjelaskan dia dilahirkan di Dhusamareeb, tengah Somalia pada 1897 dengan memiliki sijil kelahiran ditulis tangan oleh bapanya di atas kulit kambing.

Ahmed menyertai pasukan tentera kolonial British selama 10 tahun sebelum menjadi pegawai polis sebaik Somalia mencapai kemerdekaan pada 1960. Dia mempunyai 13 orang anak dan 101 orang cucu dan cicit.

Anak sulungnya berumur 80 tahun manakala tiga daripada lima orang isterinya sudah meninggal dunia namun Ahmed berharap memperoleh lebih ramai lagi anak dengan Safia.

"Saya tidak memaksa dia bahkan menggunakan pengalaman dalam memikat Safia bagi meyakini cinta saya sebelum kami bersetuju untuk berkahwin," katanya.

PATI bersarang dalam lori tepung


SEORANG pendatang asing ditahan anggota polis di Devizes, London pada Selasa lalu.


DEVIZES - Seorang pemandu lori muatan tepung jagung terkejut setelah mendapati kenderaan dibawanya turut mengangkut pendatang asing tanpa izin (PATI), lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu rakyat Perancis itu, Ludovic Buns dalam perjalanan membawa 25 tan tepung dari Calais, Perancis menuju ke sebuah kilang pembungkusan di sini, 130 kilometer dari London.

Sebaik tiba di syarikat itu lewat Selasa, dia terdengar bunyi bising dari dalam tangki lori tersebut sebelum menemui 14 pendatang Afghanistan dan Iraq yang bergelumang di dalam muatan tepung.

Imigran terbabit masing-masing tujuh lelaki dewasa dan baki tujuh remaja lelaki yang berumur di antara 14 hingga 17 tahun kemudian dibawa untuk ditahan di balai polis pekan kecil itu.

Seorang jurucakap Agensi Sempadan United Kingdom berkata, mereka dijumpai berlumuran tepung dan ditempatkan di bawah penjagaan majlis daerah Wiltshire.

Pintal bola gelang getah 4 tan


JOEL WAUL memanjat bola gergasi yang diletak di hadapan rumahnya di Lauderhill, Florida baru-baru ini.


MIAMI - Berkat ketekunannya selama enam tahun, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS), Joel Waul berjaya memintal gelang-gelang getah menjadi sebiji bola gergasi sebesar sebuah kereta sekali gus diisytihar bola gelang getah terbesar di dunia oleh The Guinness Book of World Records pada tahun 2008.

Kelmarin, Waul mengucapkan selamat jalan pada bola kesayangannya selepas satu pasukan dari program televisyen popular, Ripley's Believe It or Not tiba di sini untuk membawa pergi bola setinggi dua meter dan berat 4.09 tan itu dengan menggunakan sebuah trak dan kren.

"Saya agak sedih melihat ia dibawa pergi tetapi ciptaan saya itu akan dihargai oleh berjuta-juta pelawat yang berkunjung ke muzium Ripley di Orlando," katanya.

Waul, 28, mendapat idea menghasilkan bola getah itu enam tahun lalu selepas teruja menyaksikan sebiji bola gelang getah terbesar di dunia ketika itu, dijatuhkan dari pesawat ke sebuah gurun di AS semasa menonton program khas Ripley's.

Bola getah Waul memiliki peminat tersendiri di laman web jaringan sosial MySpace tetapi ciptaan lelaki itu dianggap satu karya agung oleh timbalan presiden Ripley's Believe It or Not, Edward Meyer sehingga beliau sanggup membayar harga tinggi untuk memilikinya.

Polis siar imej 'Godfather' ditembak


urutan gambar kejadian pembunuhan ketua mafia, Mario Bacio Terracino yang ditembak pembunuh upahan di Napels pada 11 Mei lalu.


NAPLES - Polis Itali menyiarkan rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) pembunuhan kejam seorang ketua Mafia, Mario Bacio Terracino, dalam usaha untuk memburu pembunuh upahan yang menembaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bos Mafia tersebut sedang menghisap cerut di luar sebuah bar di sini apabila seorang lelaki datang dari arah belakang dan tanpa sebarang amaran, melepaskan satu das tembakan ke arah tangannya.

Terracino yang dianggap 'Godfather' tersungkur ke bahu jalan sebelum suspek menembak kepala mangsa dan kemudian beredar sambil tersenyum.

Pembunuhan pada 11 Mei lalu itu disaksikan oleh beberapa orang, termasuk seorang wanita, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mangsa dipercayai kerana terlalu takut.

"Kami menyiarkan imej CCTV untuk menangkap pembunuh itu. Salah seorang daripada mereka pasti mengenalinya dan kami merayu agar mereka tampil membantu siasatan," kata seorang jurucakap polis Naples.

Polis percaya Terracino, 53, menjadi mangsa perbalahan dengan sebuah kumpulan mafia lain berhubung monopoli rangkaian pengedaran dadah tempatan.