MEMILIKI wajah yang berseri dan segar pada hari persandingan adalah idaman setiap wanita yang bakal berkahwin.
Wajah yang berseri bukan sahaja akan membuatkan pengantin cantik di mata tetamu, ia sekali gus menyerlahkan aura kecantikan luaran dan dalaman.
Pemilik Spa D' Daun, Zalina Ibrahim, 46, berkata sesibuk mana sekalipun wanita itu, menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan seeloknya pengantin perempuan mengunjungi pusat kecantikan untuk membuat rawatan khusus bakal pengantin.
"Antara yang khusus adalah rawatan badan sauna herba, lulur badan herba, mandi lulur yogurt dan rawatan untuk membuang kulit mati.
"Rawatan ini bertujuan membuang toksid dalam badan, menghilangkan sel mati pada kulit, melancarkan perjalanan darah supaya pengantin kekal segar dan mempesona pada hari persandingan," katanya.
Beliau berkata, bagi mendapatkan hasil yang baik, bakal pengantin juga disarankan membuat rawatan susulan dalam tempoh tiga hari sebelum bersanding.
"Rawatan susulan ini bertujuan memberi ketenangan dan menaikkan aura pengantin dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk rawatan tradisional.
"Pakej rawatan Rahsia Seri Ayu mempunyai enam peringkat iaitu Ikal mayang, urut seri ratu, manggir ratu, lulur herba ratu, mandian susu ratu dan mandian bunga buyung ratu," katanya.
Tambahnya, penggunaan bahan semulajadi seperti beras pulut, halia, kunyit dan temulawak untuk lulur badan.
"Bagi urutan tradisional dan aroma terapi kami menggunakan minyak geranium bertujuan menaikkan seri pengantin.
"Untuk mandi susu pula, bunga-bungaan segar dan berbau harum diguna seperti bunga mawar dan melur," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-365661 atau terus berkunjung ke No 1-121 , Jalan Prima Sg-5, Gombak Prima, Sri Gombak, Gombak, Selangor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: