KEDATANGAN 1 Syawal pastinya ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia. Dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya, sudah pasti penyediaan pakaian baru termasuk kasut untuk digayakan di pagi raya merupakan agenda paling atas di dalam senarai.
Yang pasti, pemakaian baju kurung di pagi raya turut diiringi dengan kasut yang cantik dan menarik.
Namun faktor keselesaan tetap jadi keutamaan apatah lagi pada hari raya di mana banyak berjalan untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara.
Ketika ini pilihan paling sesuai mungkin kasut leper atau kasut bertumit rendah yang dapat menampung beban tubuh dengan lebih baik
Begitupun, kasut leper lazimnya kurang digemari kerana dikatakan tidak cukup anggun dan rekaannya terhad.
Pencarian kasut leper mungkin tidak terlalu sukar jika ke Tiamo, gedung kasut yang agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan yang lain.
Ini kerana ia hanya memberi tumpuan serta menawarkan kasut jenis leper serta kasut sarung balerina yang boleh digayakan dalam apa jua majlis dan ke mana-mana sahaja.
Dengan pelbagai pilihan kasut leper serta kasut sarung yang selesa, jenama ini menampilkan gabungan gaya pereka, bahan klasik, perincian yang tidak diduga dan seni kraf berkualiti.
Satu lagi keistimewaan ia dihasilkan dengan tangan dengan tapak yang berkualiti dan bergaya.
Bagi peminat fesyen pastinya mendapati gedung kasut Tiamo merupakan tempat di mana seni dan cinta menyatukan peminat kasut yang mencari kelainan dan keselesaan.
Pelbagai jenis himpunan kasut yang ditawarkan termasuklah kasut moden dan bergaya untuk golongan muda, kasut yang kemas untuk ke pejabat, kasut yang anggun dan artistik untuk majlis malam, kasut kasual yang selesa dan tidak ketinggalan kasut kanak-kanak.
Reka bentuk kasut berasaskan kehalusan seni kraf untuk mengekalkan strukturnya yang teguh agar tidak kehilangan bentuk selepas beberapa kali dipakai.
Memandangkan hari ini trend fesyen adalah gabungan pelbagai warna ataupun dihasilkan daripada warna-warna terang, Tiamo tidak ketinggalan mengikuti arus tersebut.
Untuk itu, ia dihasilkan daripada pelbagai gabungan tekstur, bahan dan warna untuk ia lebih kelihatan menarik.
Di Tiamo setiap pelanggan akan diberi perhatian dan dalam usaha tersebut ia diberikan menerusi aksesori seperti lapik tapak kasut, lapik tumit belakang dan aksesori lain untuk menjaga kaki si pemakai.
Tiamo juga berusaha untuk memastikan setiap pasang kasut yang meninggalkan gedung akan mengiringi perjalanan pelanggan selama yang boleh dan kekal selesa buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: