Monday, August 27, 2012

Penghapus pori-pori ketara


PENERANGAN yang diberikan Christine kepada media ketika majlis pengenalan rangkaian produk baharu Clinique baru-baru ini.


BAGI kanak-kanak, pori-pori mereka hampir tidak kelihatan dan tekstur kulit semestinya lembut bak sutera. Proses kematangan mendorong kepada pembentukan minyak yang turut berpunca daripada perubahan hormon.

Perkembangan sel tidak menentu, penggantian sel baharu yang tidak teratur dan masalah hidrasi kulit menyebabkan pori-pori kehilangan kemampatannya.

Menurut kajian, lebih daripada 300,000 pori-pori berada pada wajah manusia dan saiznya adalah dua kali ganda bagi mereka yang berusia 25 hingga 50 tahun.

Sebagai penyelesaian kepada permasalahan pori-pori itu, Clinique memperkenalkan Pore Refining Solutions Correcting Serum. Formula baharu yang digunakan produk tersebut membantu menghapuskan pori-pori yang jelas kelihatan sekali gus menguatkan permukaan kulit wajah dari semasa ke semasa.

Tanpa kerja keras, anda mampu menurunkan pori-pori sebanyak 58 peratus dalam lingkungan masa dua minggu. Wajah anda akan kelihatan lebih anjal dan muda.

Bagi menyelesaikan masalah kulit berminyak, Clinique juga mencipta produk sempurna untuk mereka yang mengalami dilema tersebut. Pore Refining Solutions Stay-Matte Hydrator adalah pelembap yang bertindak melindungi kulit, mengawal sebum berlebihan dan menjadikan kulit bebas minyak sepanjang hari.

Pelembap pelbagai fungsi itu hanya memerlukan tiga pendekatan bagi mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak. Ia juga meminimumkan liang pori dan menyegarkan kulit.

Kawalan pembentukan minyak dan sebum berlebihan tanpa menjadikan kulit kering atau tidak selesa dibantu oleh ekstrak laminaria saccharina. Bahan seperti granpilid pula melembapkan kulit bagi proses hidrasi untuk menguatkan kulit.

Sejak 2003, produk bagi mengurangkan pori-pori ketara, Pore Minimizer Instant Perfector, menjadi penyelamat kepada mereka yang mahukan penyelesaian segera masalah liang pori besar.

Kali ini menerusi Pore Refining Solutions Instant Perfector yang mengalami peningkatan dari segi bahan pengimbang sebum menawarkan pengurangan pori-pori sehingga 50 peratus.

Kebolehannya mengimbangi tekstur kulit menjadi kunci kepada keberkesanan produk itu. Kulit memerlukan keseimbangan sempurna, penghasilan sebum berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat manakala kekurangan sebum menyebabkan kulit kering dan tidak bermaya.

Kesemua produk terkini Clinique tersebut baru sahaja berada di pasaran dan boleh didapati di kaunter-kaunter Clinique seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: