Wednesday, August 22, 2012

Maria Arshad awet muda

Datin Maria Arshad bersama anaknya, Ijoy dan menantunya Sharifah Shahira.

SAYA mempunyai ibu mertua yang cantik dan sangat menjaga penampilan, jadi secara tidak langsung saya terpengaruh dan tidak mahu dikatakan selekeh jika dibandingkan dengan ibu mertua," demikian kata-kata pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira.

Berbicara tentang kecantikan dan kesihatan, Shahira sangat mengagumi kecantikan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad, 54.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior ini. Selain terkenal kerana bakatnya, Maria pantas mencipta populariti melalui kejelitaan semula jadi yang dimilikinya. Sehingga kini, biar semakin berusia, Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad tetap kelihatan muda. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman dan penampilan elegan serta santainya telah membuat pelakon ini sentiasa kelihatan anggun.

"Saya memang cintakan kecantikan sejak usia remaja lagi. Saya mengamalkan cara moden iaitu dengan mengambil suplemen. Menantu saya, Shahira yang memperkenalkan suplemen, Nuvafemme kepada saya. Ia serasi kerana ia tidak memberi kesan negatif pada tubuh saya. Saya juga mengamalkan cara tradisional seperti jamu sejak remaja lagi tetapi rasanya mungkin berbeza," ujarnya yang kini bersara daripada berlakon.

Tambah Maria, dia gembira dengan rutin hariannya kini yang sibuk menguruskan anak dan cucu-cucu.

Aerobik"Hidup saya tidak sunyi kerana setiap hari saya menguruskan mereka ke sekolah. Antara aktiviti yang saya tidak lepaskan, bersenam aerobik. Sekurang-kurangnya sejam sehari saya akan melakukan aerobik. Aktiviti ini bagus untuk membakar lemak badan," ujarnya yang mengamalkan pengambilan vitamin C dan banyak minum air suam.

Mengulas tentang kebaikan Nuvafemme, Maria memberitahu, ia telah berjaya membantu ramai wanita menemui semula sifat kewanitaan semula jadi.

"Isu penuaan tidak lagi menjadi suatu kerisauan dan keyakinan sifat wanita sempurna sememangnya tidak ternilai. Suplemen ini membantu kulit kekal cantik dengan postur badan menarik kerana ia turut memelihara kekuatan tulang," ujarnya.

Ditanya petua hubungan baik dan mesranya bersama menantu, Maria memberitahu, sikap hormat-menghormati sangat penting.

"Menantu dan mertua perlu saling menghormati. Syukur, kerana saya mempunyai besan yang sangat memahami. Jadi, hubungan itu lebih mudah untuk dibentuk. Bagi saya, orang tua tidak perlu mengawal anak menantu. Bagi mereka kebebasan untuk membuat keputusan. Insya-Allah, segalanya lebih mudah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: