Monday, August 27, 2012

Break dance seni tarian

HEAD spin, popping, electric dance dan sebagainya menjadi elemen utama dalam tarian jalanan atau lebih dikenali sebagai break dance.

Perhatian terhadap tarian ini semakin mendapat tempat bukan sahaja di kalangan remaja bahkan juga menjadi elemen utama dalam acara-acara besar serta dalam pembikinan iklan komersial.

Boleh dikatakan tarian ini telah lama bertapak di kalangan anak muda dan menjadikan tempat seperti lorong kedai, pusat beli-belah, sekolah sebagai port mereka ini menari.

Kini penggiat tarian ini boleh berbangga dengan adanya pelbagai pertandingan yang sering mendapat perhatian syarikat-syarikat besar bagi menaja mereka keluar negara.

Bukan itu sahaja, beberapa kumpulan turut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa seperti kumpulan Dem Lepak Boyz yang telah pun pulang dari Jerman bagi menyertai kem break dance di sana.

Ia merupakan antara hadiah kemenangan yang dirangkul selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan Showdown 2012 yang berlangsung bulan lalu di KL Live.

Dengan memenangi hadiah sebanyak RM50,000 ternyata bahawa tarian break dance kian mendapat sanjungan dan idaman remaja hari ini.

JOE FLIZZOW

JIKA dahulu, ramai yang tidak kenal dengan tarian ini dan juga menganggap ia bagaikan kerja yang tidak berfaedah namun kini ia telah menjadi sebahagian daripada aliran utama muzik negara.

Bukan itu sahaja, banyak iklan program televisyen dan juga video klip turut menggunakan khidmat penari-penari break dance sebagai sebahagian elemen program tersebut.

Program seperti Showdown (SD) dilihat sebagai medan menunjukkan bakat di kalangan penari serta sebagai platform untuk mencungkil bakat baru di dalam dunia tarian moden ini.

Ia perlu diperbanyakkan bagi membolehkan penari-penari berbakat ini dapat diketengahkan bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, pelbagai pertandingan besar dan kecil turut dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam terus mencari bakat baru dalam dunia tarian break dance ini.

WALAWEI

MUDA, bertenaga dan tidak takut untuk bersaing dengan mereka yang lebih tua membuatkan kumpulan Walawei mempunyai peminatnya sendiri di Showdown musim ketiga tahun ini.

Mana tidaknya, mereka telah melepasi banyak pusingan dan berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir membuktikan diri mereka juga setanding kumpulan penari break dance yang lain.

Minat dalam dunia tarian tidak menghalang mereka berjaya dalam pelajaran malah salah seorang daripada ahli kumpulan ini mendapat A dalam semua mata pelajaran ketika Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Krew:

Kecik Walawei,15

Ozon Walawei,17

Najib,16

Bboy Unick,17

Zaidy Walawei,16

DEM LEPAK BOYZ

GEMPAK, itu yang boleh dikatakan apabila berkesempatan melihatkan aksi mereka menari tarian break dance di KL Live baru-baru ini.

Dengan persembahan yang mengagumkan serta konsisten tidak hairanlah jika mereka telah menjuarai SD 2012.

Mereka juga bukan calang-calang penari kerana ahlinya terdiri daripada ahli beberapa kumpulan yang pernah menyertai pertandingan SD musim pertama dan musim kedua.

Penglibatan mereka dalam pertandingan di dalam dan luar negara memberi kekuatan dalam menjadikan break dance terus mendapat tempat di kalangan rakyat negara ini.

“Minat, keghairahan serta tidak putus asa akan membawa seorang B-Boy itu berjaya di samping sokongan pelbagai pihak dalam menyediakan tempat bagi kami untuk beraksi.

“Kejayaan ini akan membolehkan kami membuat sebuah studio tarian kepada B-Boy dan B-Girl untuk berlatih disamping mempelajari teknik-teknik yang betul.“ - One Juicy

Krew:

Killer Khef,19

Lil V6,24

Kujoe,26

Wes Soul,25

One Juicy,22

Heat,20

Shake,31

Peminat:

MULA bergiat dalam tarian sejak darjah satu kerana minat dan ramai rakan-rakan turut menari.

Mulanya, kami selalu menari di sekolah, dalam kelas dan lepas habis sekolah kami berkumpul di pusat beli-belah ataupun kawasan lapang yang sesuai.

Selain daripada mendapat ramai kawan, ia juga antara senaman yang menyihatkan badan kerana penari perlu melakukan aksi-aksi yang mencabar untuk menjadi penari yang baik.

MOHD FARHAN ROY, 15

JANGAN putus asa, terus berusaha dan belajar teknik yang betul untuk mereka yang baru menceburi break dance ini.

Mungkin tarian ini nampak bahaya, tetapi jika kena dengan caranya ia memang

selamat dan bahkan

boleh memberikan kesihatan

yang baik.

Saya yang sudah menari sejak 2006 turut perlu memperbaiki skil dan teknik agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.

MOHD ARIF ROSLAN, 19

GEMPAK, hebat dan tiada menakjubkan itu yang boleh dikatakan apabila melihatkan aksi penari-penari break dance beraksi.

Saya pada mulanya hanya menonton menerusi televisyen dan apabila ramai kawan-kawan yang turut menari membuatkan saya datang menyokong mereka.

Selain memberi sokongan kepada rakan-rakan, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain di samping berkenalan dengan rakan-rakan baru.

NADHIRAH AHMAD, 19

TARIAN dan lagu yang ditonjolkan sememangnya dekat dengan jiwa remaja.

Mungkin satu hari nanti saya akan mencuba tarian ini dan buat masa ini sokongan terhadap krew dan juga break dance tidak akan putus.

Agar tarian ini akan terus mendapat tempat di kalangan semua lapisan masyarakat dan menarik tanggapan buruk terhadap tarian break dance ini.

BALQISOFEA ABDUL JALIL, 16

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: