Friday, May 21, 2010

Wartawan telan lalat besar


MARK POTTER terbatuk selepas menelan lalat.


NEW ORLEANS - Seorang wartawan penyiaran, Mark Potter menelan seekor lalat besar yang terbang dekat dengan mulutnya pada satu siaran yang disiarkan secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa kejadian, wartawan stesen televisyen NBC itu sedang melaporkan perkembangan tumpahan minyak di negeri Louisiana untuk program berita pagi.

Selepas menelan lalat itu, dia meneruskan laporan mengenai tumpahan minyak yang berlaku di Teluk Mexico seperti lagak seorang wartawan profesional.

Ketika ditanya mengenai insiden itu, Potter berkata, dia telah menelan apa yang dikenali sebagai 'sarapan pagi Bayou'.

Bayou merupakan terma yang kerap digunakan di barat laut Amerika bagi merujuk kepada paya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: