![]() |
| |
MANHATTAN - Bekas pemenang Ratu Cantik Rusia, Anna Malova didakwa kelmarin di sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS), di sini kerana memalsukan surat ubat yang dicuri dari pejabat seorang doktornya.
Malova, 38, ditangkap Penguat Kuasa Biro Narkotik New York di sebuah farmasi di sini pada Selasa lalu selepas dia mengisi borang ubat tersebut yang perlu ditulis oleh seorang doktor untuk membeli 85 pil penahan sakit Vicodin.
Malova yang tidak membuat sebarang pengakuan ditahan di sebuah penjara sebelum diikat jamin.
Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada Isnin ini.
Wanita tinggi lampai berambut perang itu menang Ratu Cantik Rusia pada 1998 dan pernah menjadi 10 peserta teratas pertandingan Ratu Cantik Universe sebelum menetap di AS.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: