
Justeru mulai 25 Mei 2010 ini, setiap Selasa, jam 11.00 malam menerusi saluran TV2, RTM bakal muncul dengan slot drama seram bersiri terbaharunya, Loga Maya dalam memenuhi cita rasa penonton yang mahukan rancangan bercorak sebegini.
Disiarkan sepanjang 13 episod, slot menarik drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini dimulai dengan episod berjudul “Anak” dan slot Loga Maya menampilkan episod-episod berbeza setiap minggu yang membongkar kisah-kisah misteri yang begitu menarik tumpuan masyarakat antaranya episod Penjara yang mengetengahkan kisah seorang isteri yang dihantui gangguan-gangguan misteri setelah ditinggalkan suaminya yang keluar bekerja sebagai kelasi kapal. Sejak itu dirinya mula tidak tenteram hingga terpaksa menumpang di rumah saudara maranya bagi mengelak gangguan.
Menariknya di ketengahkan juga episod di mana menampilkan plot misteri dialami seorang lelaki yang kedekut. Kerana tidak mahu mengeluarkan duit membayar wang tol, dia sanggup melalui jalan lama untuk pulang ke kampungnya. Namun misteri bermula apabila dia tidak sampai-sampai ke kampung sebaliknya bila diperhatikan sekeliling dia masih berada di jalan yang sama meskipun sudah berjam-jam perjalanan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: