Sunday, May 16, 2010

Tarikan baru Upin dan Ipin


Pengurus perniagaan, Wonderland Primary Leny Herlina dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Jaszmyn Leong bersama produk penjagaan Upin dan Ipin.


WANGI, segar dan sihat menjadi keutamaan produk penjagaan diri Upin dan Ipin. Peminat kartun animasi tempatan pasti ternanti-nanti rangkaian produk penjagaan diri khusus untuk keluarga dan kanan-kanak.

Sememangnya ramai yang kagum dengan pencapaian yang dicipta oleh Upin dan Ipin serta rakan-rakannya dalam dunia kartun animasi. Karya tersebut bukan saja mendapat tempat di hati semua kaum di Malaysia tetapi juga telah melebarkan sayapnya di serata dunia. Dengan pelancaran koleksi produk penjagaan diri kanak-kanak Upin dan Ipin yang dikeluarkan secara eksklusif oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd., animasi itu mengorak langkah baru.

Dengan aroma buah-buahan dan gula-gula, pastinya produk itu mencetuskan fenomena dalam industri barangan penjagaan diri.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Wonderland Primary, Leny Herlina, pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Les' Copaque Productions Sdn. Bhd. untuk mendapatkan hak kebenaran menggunakan watak kartun itu dalam semua produk keluarannya pada Disember tahun lalu selama 30 bulan.

Koleksi penjagaan diri itu turut diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E. Ia dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut. Rangkaian produk baru itu terdiri daripada syampu, krim mandian, losen badan dan penjagaan diri daripada hujung rambut ke hujung kaki untuk seisi keluarga.

Berbeza dengan produk penjagaan diri yang lain, koleksi itu bebas bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS ( Sodium Lauryl Ether atau Sodium Laureth Sulphate) adalah sejenis agen sabun yang murah dan sering diguna dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit dan mata. Manakala Paraben adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.

Keunikan produk itu juga dapat dilihat pada bungkusan yang direka khas untuk memberi informasi tentang kegunaannya masing-masing. Dengan ciri-ciri menarik, kini anak-anak anda dapat menikmati masa mandian mereka dengan selamat, penuh keriangan di samping mudah digunakan. Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hantar pertanyaan ke info@wonderland.my atau hubungi 03-87371233.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: