
JPJ mengambil pendekatan drastik mengenakan penalti terhadap pesalah jalan raya selepas kes saman tertunggak semakin bertambah. - Gambar hiasan.
MELAKA - Pemilik kenderaan yang gemar bertangguh membayar saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu berfikir panjang jika ingin meneruskan tabiat berkenaan selepas ini.
Ini berikutan tindakan JPJ untuk memperkenalkan satu sistem yang bukan saja tidak akan memberi lagi diskaun saman tetapi mengenakan penalti dengan kadarnya terus meningkat selagi bayaran tidak dijelaskan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, kertas kerja pelaksanaan konsep saman 'lebih lama ditangguh, lebih banyak perlu dibayar' itu telah siap dan akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: