Sunday, May 16, 2010

Dapat kerja dalam tempoh setahun


MOHAMED KHALED menyampaikan surat tawaran kerja daripada Maybank kepada Zafirah Ruslan selepas melancarkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2010 di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan masa setahun sebagai tempoh penyerapan bagi para graduan memperoleh pekerjaan selepas mereka tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tempoh itu adalah lebih pendek berbanding negara lain seperti Australia di mana tempoh penyerapan mereka adalah sehingga dua tahun.

Katanya, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat KPT tahun lepas menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 (26.7 peratus) yang masih belum bekerja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: