Friday, May 21, 2010

SURIA FM Makin Popular

Bukanlah satu kejutan apabila stesen Sinar FM berjaya memecah monopoli stesen radio popular lain. Walaupun memutarkan lagu lokal, namun terbukti peminat sebenarnya dahagakan lagu-lagu lama yang pernah menghiasi zaman 'kegemilangan' mereka dahulu.


Kejutan demi kejutan berlaku apabila diumumkan stesen Suria FM dan Red FM berjaya mencapai keputusan di luar jangkaan apabila hampir 15.5 juta pendengar mengikuti siaran radio ini setiap minggu. Kejayaan lebih manis tercatat apabila peningkatan jumlah pendengar meningkat sebanyak 165% dan ini membuktikan Suria semakin mendapat tempat di hati peminat.

Kesungguhan stesen menyalurkan konsep interaktif yang lebih dekat dengan pendengar berjaya menghasilkan kombinasi platform media digital, siaran infotainment serta aktiviti yang dianjurkan.

Mangga Online
(MO) lihat, Suria FM banyak membantu memartabatkan lagu artis tempatan dan jarang terdengar rungutan stesen tersebut mengamalkan sikap pilih kasih. Setiap lagu baru pasti akan diputar namun lagu-lagu lama tidak lupa diperdengarkan untuk menemani pendengar mereka. Yang pastinya, lagu yang dihidangkan stesen ini menepati selera peminat.

Bukan itu saja, apa yang MO lihat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam team Suria FM antara faktor stesen ini terus maju ke hadapan. Hubungan akrab antara penyampai dapat dilihat setiap kali acara melibatkan pendengar dan ini pastinya antara penyumbang meningkatkan lagi populariti Suria FM di mata yang melihat.

Jika stesen ini terus menunjukkan komitmen dan momentum yang stabil, tak mustahil dalam masa yang singkat, Suria FM bakal menjadi radio nombor satu Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: