
Jika di stesen minyak juga wang mereka lepas, maka peringkat akhir menguji kualiti wang palsu di pengurup wang sekitar bandar ini.
Namun, sindiket mencetak dan mengedar wang palsu itu tumpas selepas 'markas’ membuat wang palsu mereka diserbu polis, Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemantauan sejak dua minggu lalu, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Kulim, Bukit Mertajam dan Taman Bidara, Machang Bubok, di sini.
:"Dalam serbuan Sabtu lalu, polis berjaya menahan empat suspek, termasuk seorang wanita warga Indonesia, yang menjalankan sindiket itu sejak tahun lalu.
“Siasatan awal mendapati, sindiket ini menjalankan kegiatan pengedaran wang palsu di negeri ini dan negeri berdekatan, serta menjadikan rumah sebagai tempat mencetak wang palsu," katanya.
Ayub berkata, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah dan sedang melakukan kerja mencetak wang palsu.
"Polis berjaya merampas 409 keping wang kertas AS$100, dua keping wang kertas 5,000 Rupiah, lima keping wang kertas 1,000 Rupiah dan sekeping wang kertas 10,000 Rupiah; kesemuanya palsu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, polis juga merampas 10 keping wang kertas 50,000 Rupiah dan tiga keping mata wang kertas 100,000 Rupiah selain sekeping mata wang kertas 2 dolar Singapura dan sekeping wang kertas 5 dolar Singapura.
"Polis turut merampas beberapa peralatan membuat wang palsu seperti tukul besi, set pisau, komputer riba, pencetak, pengering rambut dan tujuh telefon bimbit.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 489 (D) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara 20 tahun dan denda,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: