![]() |
| AHMAD SAID |
KUALA LUMPUR - Produk deposit tetap Agrobank, AgroFD menawarkan kadar keuntungan tertinggi iaitu 2.3 peratus untuk tempoh simpanan sebulan.
Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said berkata, kadar keuntungan itu boleh dinikmati oleh pelanggannya yang memiliki deposit minimum serendah RM1,000 dalam produk simpanan tersebut.
"Kadar itu merupakan yang tertinggi pernah ditawarkan berbanding institusi kewangan tempatan lain khususnya dalam simpanan deposit tetap bagi tempoh sebulan,'' katanya pada satu taklimat media di sini baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: