
Serbuan yang dijalankan jam 8.30 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan polis Kontinjen Johor itu berjaya menyelamatkan tujuh wanita Kemboja dan seorang wanita Indonesia berusia 20-an dipercayai mangsa sindiket itu.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Nordin Ibrahim berkata, polis turut menahan lima wanita warga Thailand, dan dua wanita warga China berusia 21 hingga 42 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1953/1967.
“Dua lelaki berusia 28 dan 58 tahun itu dipercayai menggunakan wanita asing untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perniagaan mengurut,” katanya di lokasi serbuan semalam.
Kedua-dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1953/1967 kerana mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 55E akta yang sama kerana memberikan perlindungan kepada warga asing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: