
Terbaru, Brilliant Legacy sebuah drama bersiri cinta yang penuh romantik mengisahkan pasangan yang bermusuhan akhirnya menjadi pasangan kekasih yang cukup harmoni. Ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8.30 malam.
Perjalanan drama yang bersiaran selama 40 episod ini agak mudah difahami namun ia padat dengan mesej-mesej yang berguna. Sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan seharian kita.
Mengisahkan kehidupan Eun Seong yang dilakonkan oleh Han Hyo Ju tidak ubah seperti Cinderella moden apabila dunia indahnya musnah dan terpaksa menjalani kehidupan yang amat sukar.
Ia bermula apabila bapanya meninggal dunia dan segala hartanya diambil-alih oleh ibu tiri yang tamak.
Disebalik kemusnahan kehidupan Eun Seong sebenarya ada perkara lain yang tidak diketahuinya.
Bapa Eun Seong sebenarnya masih hidup tetapi terpaksa mengambil keputusan berdiam diri termasuk keluarganya sendiri kerana ingin mengelak daripada membayar hutang bank yang menyebabkannya hampir bankrap.
Eun Seong belajar untuk hidup berdikari dan cuba berfikiran positif, malah redha dengan segala ketentuan takdir.
Sementara itu, Jang Sook Ja seorang usahawan makanan terbesar di Korea pula sangat kecewa dengan sikap cucu kesayangannya, Sun Woo Hwan yang tiada hala tuju.
Namun persoalannya, adakah mereka akan bertelagah hingga akhirnya? Jadi untuk mengetahui apa akan terjadi kepada mereka teruskan menonto drama cinta ini. Antara pelakon lain yang turut membintangi, Lee Seung Ki, Bae Su Bin dan Mun Chae Won.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: