Sunday, May 16, 2010

Shasha berkorban demi cita-cita




Selepas menamatkan zaman persekolahan, gadis ini bertekad mengejar cita-cita. Sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur dan berjauhan dengan keluarga, pengorbanannya itu menjadi kekuatan.

Meminati gaya feminin, wanita kelahiran Pulau Pinang ini ada stail tersendiri. Empunya diri, Rosmina Shasha Abdullah, 22 mempunyai keunikan dengan sikapnya yang lembut dan sederhana.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Walaupun berjauhan daripada keluarga, Shasha tetap balik ke tempat dia dibesarkan, Johor untuk meraikan Hari Ibu. Dia yang memang rapat dengan ibunya tidak lupa mengadakan majlis makan bersama keluarga. Sebagai anak, Shasha tidak pernah melupakan pengorbanan ibunya.

Baginya, sejauh mana pun dia merantau, restu ibu bapa amat penting. Itulah keistimewaannya, bersendirian di kota metropolitan tidak pernah melalaikan dirinya.

Berpengalaman bekerja sebagai pengiring majlis (usherette) dan model, Shasha berazam untuk berjaya dalam dunia kecantikan.

"Saya memang meminati fesyen terutamanya gaya feminin seperti gaun. Suatu hari nanti saya memang nak buka butik kecantikan kerana ia memang serasi dengan jiwa saya," jelasnya yang gemar berenang dan bermain boling pada masa lapang.

Tidak pernah melupakan aspek wangian diri, Shasha meminati One Drop Perfumes.

Baginya, wangian ini setanding dengan jenama antarabangsa kerana tahan lama dan aroma yang segar.

2 comments:

  1. i wanna GF like her

    ReplyDelete
  2. cantik gak minah ni,harap2 perangai pun biarlah cantik.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: