BUKAN seronok sangat bercinta dengan suami orang!''Itu kesimpulan yang dapat dibuat daripada curahan hati Haslinda dalam e-mel yang dihantarkannya kepada saya. Nak seronok macam mana semuanya dibuat dalam rasa kebimbangan bukan kerana takutkan isteri kekasih kita tu, tetapi lebih kepada bimbang rahsia terbongkar. Pecah tembelang.
''Sebenarnya saya bukan suka sangat nak bongkar rahsia hati ini, tetapi kadang kala saya merasa terlalu sunyi, tak ada orang nak lawan bercakap, ada kawan perempuan mereka ada suami dan anak nak diuruskan. Yang masih single sibuk dengan hal peribadi sekali sekala sahaja kami boleh keluar berjalan dan makan-makan.
''Bukan saya tak boleh keluar selalu tetapi teman saya ini terlalu cemburukan saya, tak benarkan saya keluar dengan kawan-kawan, berbual di telefon pun dia tak suka. Ditakdirkan ketika saya berbual, dia tak dapat hubungi saya, mulalah dia merepek meraban, marah dan mendakwa konon saya melayan lelaki lain.
''Di sebabkan saya tak suka kena marah, jadi saya tak bolehlah berbual lama dengan kawan bukan sahaja ketika di rumah ketika di pejabat pun dia akan pastikan saya tidak bergayut di telefon. Hinggakan nak keluar makan pun kena beritahu dia di mana dan dengan siapa.
''Nak kata dia suami bukan, cuma kekasih, tetapi punyalah cemburu Tuhan sahaja yang tahu. Sebenarnya saya memerlukan pandangan seseorang untuk meredakan hati ini, cukuplah sekadar nasihat. Saya tahu tentu banyak pembaca di luar sana yang berpengalaman jadi bolehlah saya belajar mengatasi masalah ini.
''Tetapi sebelum itu biar saya cerita dulu. Sebenarnya bukan saya tak mahu bercinta dengan orang bujang. Saya dah cuba banyak kali, tetapi malangnya semuanya tak lekat alasan mereka dah ada kekasih, dah bertunang dan ada juga yang tak minat nak kahwin.
''Ada seorang tu saya punyalah gilakan dia, setahun lamanya saya simpan perasaan dia pun baik layan saya, saya fikir tentulah dia sukakan saya. Top-top saya terima kad jemputan kahwin. Katanya gadis itu pilihan ibunya. Ya Allah frustnya. Umur saya dah 27 tahun.
''Saya pun bukan memilih, tetapi entah mengapa hanya suami orang sahaja yang selalu singgah dalam hidup saya. Saya memang tak sukakan suami orang, yang saya cap mereka sebagai gatal. Malangnya yang gatal-gatal inilah yang tersangkut dengan saya. Dek kerana bencikan suami orang inilah juga saya pernah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa saya tidak akan kahwin dengan suami orang.
''Tetapi apabila kita minta dijauhi sesuatu yang amat kita benci maka itulah yang datang dalam hidup kita. Mungkin Allah ingin menguji kekuatan iman saya. Dan saya mengaku akhirnya saya lemah dengan ujian ini. Kadang kala saya tanya diri sendiri apakah malangnya nasib saya ini. Saya ingin segera berumahtangga dengan orang bujang, tetapi mengapa suami orang yang suka sangat dengan saya?
''Bercinta dengan suami orang bukannya seronok sangat. Dia mahu kita jadi kekasihnya tetapi dia tidak pernah ada di samping kita, bila kita mahu. Ke mana saya pergi mesti minta izinnya dahulu.
''Berjumpa sebulan sekali, nak berjalan pun kena sorok-sorok. Sebagai contoh kalau nak shopping saya pergi ke kedai sendiri, pilih mana-mana yang suka, lepas tu dia datang tapis pilihan saya adakah mengikut seleranya, kalau tidak saya kena tukar yang lain. Dalam kedai tak boleh cakap banyak, lepas dia bayar secara tunai saya balik sendirian dia tak hantar.
''Kalau nak makan malam cuma di tempat tertentu sahaja, yang sunyi-sunyi, jauh daripada orang, yang orang ramai tak suka datang. Saya tiba dulu buat pilihan makanan untuk dia. Saya kena pilih kedudukan mejanya agak tersorok sedikit. Ketika itulah kami dapat berbual atau berbincang panjang sebab tak ada orang nampak.
''Agaknya inilah nasib wanita seperti saya hendak menumpang manja dengan suami orang. Tapi bukan saya cari, dia yang cari saya, dah dapat memikat hati saya dia beri saya pelbagai syarat dan undang-undang untuk saya patuhi, alasannya dia suami orang dan dia tak mahu rosakkan kebahagiaan rumahtangganya.
''Kalau difikirkan lebih mendalam memang saya sudah membuang banyak masa bercinta dengannya sedangkan saya fikir tidak ada peluang langsung untuk menjadi isterinya. Pertama kerana dia terlalu takutkan isteri, dalihnya konon dia sayangkan isteri, tak mahu rosakkan kehidupan anak-anaknya, kedua, katanya kerana bosnya tak suka pekerjanya kahwin dua. Jadi apakah taraf saya ini adakah seorang kekasih ataupun simpanannya?.
simpanan
"Nak kata simpanan pun tak boleh dia tidak membiayai segala keperluan saya sama ada membayar sewa rumah dulu ataupun membayar ansuran rumah yang baru saya beli. Kadang-kadang saya fikir memang saya membodohkan diri, membuang masa aja, tapi entahlah kenapa saya jadi bodoh macam ni.
''Emak selalu tanya saya bila nak kahwin. Saya jawab saya lebih senang hidup sendirian. Tetapi sebenarnya saya dah terperangkap. Tak tahu kenapa saya terlalu sayangkan dia, sedangkan saya tahu dia sudah berkeluarga. Dan terlalu sukar untuk dia kahwin dua. Sampai bila saya harus jadi macam ini. Menunggu lamarannya macam tunggu buah tak jatuh.
''Berbanding kehidupan isterinya, saya rasa hidup saya lebih menderita, terkurung tanpa arah tujuan, nak berkawan dilarang, apa lagi kalau nak keluar berjalan dan berhibur dengan kawan-kawan. Semuanya mesti mendapat persetujuan dan kebenarannya.
''Bila memikirkan nasib saya sekarang ini, adakah masih ada jalan untuk kebahagiaan hidup saya di masa depan bersamanya? Umur semakin meningkat, saya bimbang langsung tak mendapat zuriat kalau saya tinggalkan dia sebab belum tentu ada lelaki lain yang mahu mengambil saya sebagai isteri, jika mereka tahu gaya hidup saya sekarang.
''Ditakdirkan saya bertemu lelaki lain dan saya dilayan lebih baik dari dia mungkin saya jadi seperti kera dapat bunga, kerana saya tidak pernah merasa dilayan seperti seorang wanita istimewa kecuali ketika saya ditidurinya. Kerana hanya ketika itulah saya dilayan bagaikan seorang permaisuri diulit mesra, sambil memadu asmara bagaikan hidup di syurga.
''Namun selepas kembali ke rumah sendiri, saya rasa diri saya bagaikan robot yang menurut semua perintah, dipanggil saya datang disuruh saya pergi. Saya tahu dan saya sedar diri saya ini amat bodoh namun tiada sesiapa di sisi saya yang sudi membimbing si bodoh ini keluar dari kotak yang selama ini membelenggu hidup saya.
''Kadang kala saya tanya diri sendiri, mengapa saya begitu bodoh dan takut dengan suami orang ini, dan mengapa saya terlalu mengasihi dan mencintai dia. Adakah saya takut tak dapat kahwin kerana usia yang semakin meningkat? Entahlah, saya sendiri tak tahu apa jawapan yang sesuai dilemparkan pada diri saya ini.'' Demikian cerita Haslinda panjang lebar tentang masalahnya terperangkap bercinta dengan suami orang.
Kata Haslinda selepas bercerita panjang dengan meluahkan perasaan begini terlepas sedikit rasa seksa di hati. Reda sedikit beban. Pesan orang tua-tua 'bukan beban batu digalas' Kalau tak ada masalah janganlah cari masalah.
dah tau jalan tu berlopak n berselut...nak lalu jgk kt jalan tu.....Tuhan bagi akal suruh fikir n syg diri sendiri...bkn bg alasan takdir dsbgya...klu time bercinta pun camtu....sure ker dia nk buat u ni bini dia yang sah....dah terang lagi bersuluh laki ni jenis penakut yg taka layak pun nk berpoligami(klu berhajat nk kawin la)...just nk lepas boring or tension je....nk suka2...tepuk dahi n dada..tanyalah diri yer...tajamkan sikit fikiran tu
ReplyDeletehahaha...u jadi pemuas nafsu jer...
ReplyDeletebila agaknya saya boleh jumpa awek mcm u ni..
Emmmm... yg bagusnya, sentiasa trust Allah, doa pd Allah utk dpt suami yg bertaqwa n beriman. insyaallah nanti akan bertemu jua. dan tinggalkan hidup yg kelam begini,..
ReplyDeletekenapa ek dier ni cerita ttg ditiduri bf nyer tu cam tak salah jer ek...tak takut dosa ker? apapun, kalau camtulah gaya nyer bf tu wat, tak lain tak bukan...dier just nak seronok2 jer...apapun, bertaubatlah...berdoa banyak2...tinggalkan semua yang salah ni....moga hidup kiter akan diberkatiNya....
ReplyDeletebagus awek cam u ni.
ReplyDeletekos tak banyak.
tak meminta commitment.
barang free.
tau kangkang je.
ada no telefon ?