KUALA LUMPUR 14 Mei - Kumpulan Perbankan RHB menjadi bank pertama menyemak semula kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) daripada 5.80 peratus setahun kepada 6.05 peratus berkuatkuasa Rabu ini.
Kadar baru bagi deposit tetap adalah 2.5 peratus bagi tempoh satu hingga lima bulan, 2.70 peratus (6 hingga 11 bulan), 3.00 peratus (12 bulan) dan 3.10 peratus (13 hingga 35 bulan).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Tajuddin Atan berkata, kenaikan itu seiring dengan langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalam sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus.
Sementara itu, Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) turut mengumumkan BFR kepada 6.05 peratus setahun mulai 17 Mei ini.
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank juga rurut menaikkan BLR dan BFR mereka sebanyak 25 mata asas kepada 6.05 peratus berbanding 5.80 peratus berkuatkuasa 18 Mei ini.
Bank itu turut mengumumkan produk deposit tetap dan simpanan mereka akan menyaksikan peningkatan kepada 25 mata asas.
Maybank juga mengumumkan semakan semula kadar deposit meningkat 25 mata asas.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata,''Kami menyaksikan kadar faedah deposit adalah lebih tinggi berbanding kadar inflasi dan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan deposit kerana memberi kesan positif kepada simpanan mereka.
Maybank menyemak semula BLR sebanyak 25 mata asas kepada 6.05 peratus berbanding 5.80 peratus dan BFR kepada 6.05 peratus.
Kali terakhir semakan semula dibuat Maybank adalah pada 9 Mac 2010.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: