KUALA LUMPUR 14 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan satu kajian sama ada akan menaikkan kadar faedah bagi pinjaman peribadi berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.5 peratus semalam.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Perbankan Pengguna BSN, Akhsan Zaini berkata, bank itu akan mengkaji kemungkinan menaikkan mata asas kadar pinjaman masing-masing.
"Bagaimana pun, pasaran dan para pelanggan tahu apabila kerajaan menaikkan OPR, kos meminjam akan turut meningkat. Saya rasa kita semua telah menjangka senario sedemikian.
"Sehingga ini, kami tidak menghadapi masalah portfolio pinjaman kami menerima kesan kerana kami hanya fokus pada segmen tertentu bagi pinjaman seperti perbankan peruncitan, dan tidak terbuka kepada pasaran massa," katanya selepas taklimat media mengenai karnival mega sijil simpanan premium (SSP).
Akhsan berkata, transaksi pinjaman BSN kini adalah aktif, terutama sekali pinjaman peribadi.
Mengenai semakan semula OPR, katanya BSN masih belum menerima sebarang maklum balas dari orang ramai sehingga ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: