Friday, May 21, 2010

Remaja sorok gula ditahan


HANAFI (kanan) menunjukkan gula yang dirampas dari sebuah rumah di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang kelmarin.


PASIR MAS - Gara-gara menyorok gula, seorang remaja yang dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan gula ditahan di sebuah rumah di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang di sini kelmarin.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pasir Mas, Hanafi Mamat berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas didapati menyimpan gula di rumah yang dijadikan stor menyorok barangan kawalan itu.

Stok bekalan gula itu dikatakan akan diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, sekumpulan pegawai penguat kuasa KPDNKK Pasir Mas melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas dimaklumkan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengenai aktiviti menyorok gula di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang remaja berada di rumah tersebut bersama 468 kilogram gula yang bernilai RM1,747.35.

"Remaja tersebut dipercayai salah seorang yang menjalankan kegiatan penyeludupan gula di Pangkalan Haram, Sungai Golok, Rantau Panjang," katanya di sini semalam.

Hanafi seterusnya berkata, remaja tersebut dipercayai mengumpul gula yang dibeli secara sedikit-sedikit di kedai-kedai runcit termasuk pasar raya di sini dan Kota Bharu sebelum dikumpul di rumah berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: