Monday, May 10, 2010

Pergerakan Ganja Wanita ditubuhkan


CRYSTAL GUESS memberi ucapan pada sidang akhbar penubuhan Pergerakan Ganja Wanita di Denver pada Khamis lalu.


DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Sempena dengan sambutan Hari Ibu, sekumpulan wanita mengadakan sidang akhbar bagi melancarkan penubuhan Pergerakan Ganja Wanita di sini pada Khamis lalu, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Kumpulan itu yang turut disertai oleh kaum ibu menawarkan perkhidmata e-kad bagi membolehkan orang ramai menghantar mesej kepada ibu mereka bahawa penggunaan ganja adalah lebih selamat daripada minuman keras.

Buat masa ini, Denver yang terletak di dalam negeri Colorado masih belum membenarkan penggunaan ganja dalam industri perubatan.

Menurut seorang pengguna ganja, Crystal Guess pada sidang akhbar itu, golongan wanita perlu tampil ke hadapan dengan tidak takut untuk bercakap mengenai penggunaan ganja.

Seorang peguam, Jessica Corry yang membantu penubuhan kumpulan itu berkata, sudah tiba masanya penggunaan ganja tidak diharamkan.

Sementara itu kaum ibu di laman web Moms4Marijuan berhujah bahawa ganja boleh membantu mengatasi masalah kemurungan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: