Monday, May 10, 2010

Warga Malaysia ditangkap seludup dadah


DUA rakyat Malaysia yang didakwa penyeludup dadah memakai baju oren dan menunjukkan dadah yang disembunyikan di dalam bagasi pada satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta semalam.


JAKARTA - Dua warga Malaysia ditangkap di Indonesia kerana menyeludup dadah methamphetamine bernilai AS$1.2 juta (RM4 juta) ke negara itu pada minggu lalu.

Ketua Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di sini, Baduri Wijayanta berkata, kedua-dua mereka ditangkap bersama dadah seberat 5.6 kilogram itu yang disembunyikan di dalam bagasi.

Kedua-duanya tiba di sini dengan menaiki penerbangan dari Singapura pada Jumaat lepas.

Pesawat itu pada mulanya berasal dari Shenzen, China.

Baduri memberitahu, pihak berkuasa masih belum menemui wanita yang dikatakan akan menerima dadah tersebut.

Kejadian itu merupakan kes yang kelima melibatkan rakyat Malaysia dalam percubaan menyeludupan dadah tahun ini.

Indonesia mempunyai undang-undang penyalahangunaan dadah yang tegas dan penyeludup yang didapati bersalah akan dihukum mati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: