THE HAGUE: Supermodel, Naomi Campbell, dijangka akan disepina Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dipercayai menerima ‘berlian berdarah’ daripada seorang pemimpin diktator Afrika, kata sumber semalam.
NAOMI...enggan beri kerjasama. (Gambar kanan) Taylor bekas Presiden Liberia.
Setakat ini Naomi, 40, enggan memberikan kerjasama dalam perbicaraan itu.
Baru-baru ini, dia bergegas meninggalkan temubual sebuah stesen televisyen sebaik saja ditanya mengenai isu berkenaan.
Hakim akan menentukan sama ada sepina akan dikeluarkan, sekali gus mengikat Naomi supaya hadir memberi keterangan di mahkamah.
“Kenyataan Naomi diperlukan kerana ada bukti dia menerima barangan itu daripada tertuduh pada September 1997,” kata pendakwa dalam usul difailkan kepada mahkamah.
Taylor, 62, mengaku tidak bersalah atas 11 tuduhan membunuh, merogol, menyeksa, mengamalkan perhambaan seksual dan mengerah kanak-kanak menjadi tentera ketika memerintah Liberia pada 1997 hingga 2003.
Ketika itu Liberia dan Sierra Leone menghadapi perang dan seramai 250,000 orang terbunuh dalam konflik berkenaan.
Pendakwa berkata, Taylor menyediakan senjata dan peluru kepada pemberontak Sierra Leone bagi meneruskan perang saudara.
Sebagai balasan, pemberontak menyerahkan berlian kepada Taylor.
Naomi dikatakan menerima hadiah daripada Taylor ketika mengadakan lawatan ke Afrika Selatan bagi menghadiri majlis makan malam dianjur Nelson Mandela.
Pendakwa turut mahu Mia Farrow memberi keterangan di mahkamah selepas aktres itu mengaku Naomi memberitahunya mengenai hadiah berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: