![]() |
| MAEL mengaku bersalah mengambil dadah. |
HUH.. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Kes buang bayi pun tak habis-habis diperkatakan lagi, ni dah tambah kes lain pula. Kes pukul anak! Joyah cukup tak faham dengan segelintir artis tanah air kita ni, nak kata tak sekolah nanti marah pula. Tapi kadangkala perangai yang mereka tunjuk memang lagi teruk daripada orang yang tak sekolah.
Macam kes Mael XPDC inilah, dia didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak atas tuduhan memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun menggunakan rotan dan tangan.
Mungkin ada yang menganggap itu urusan keluarga. Tapi dalam mendidik anak biarlah berpada-pada kalau hendak merotan sekali pun. Jangan sampai orang kata kita ni kurang waras.
Tapi apa yang membuatkan kepala hati Joyah tambah panas, vokalis kumpulan rock kapak itu juga turut mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis morfin tetapi hukuman bagi kesalahan itu akan ditentukan kemudian berikutan laporan perubatan terhadapnya masih belum siap.
Inilah penyakit ahli muzik kita. Hisap dadah, hisap dadah, hisap dadah! Kalau kata artis kita tak berguna orang marah. Tapi ramai sangat yang memilih jalan nak jadi bangkai bernyawa. Kalau kantoi, nanti mula buat muka sepuluh sen.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: