![]() Casey (kanan) terpaksa akur gagal ke final. American Idol sudah mencapai kemuncak apabila tinggal dua peserta untuk berentap di final pada 26 Mei depan. Casey James peserta top tiga terpaksa meninggalkan impian bergelar juara apabila diundi keluar oleh rakyat Amerika. Nampaknya tinggal persaingan peserta lelaki dan wanita kali ini dengan Crystal Bowersox dan Lee DeWyze berentap untuk gelaran yang pastinya akan membawa masa depan cerah untuk kerjaya seni mereka ke seluruh dunia. Pemenang semestinya akan dapat kontrak rakaman album.
![]() Siapa bakal juara American Idol baru?
Kedua-dua peserta akhir sering dipuji persembahan mereka oleh pengkritik. Malah tiada yang kecewa apabila nama mereka bakal beraksi di pents final minggu depan. Itulah bezanya mereka. Banyak yang meramal DeWyze yang akan menjadi juara kali ini kerana memiliki vokal yang baik serta kreatif mempersembahkan sesebuah lagu mengikut gayanya yang tersendiri. Kedua-dua finalis kali ini kerap mengadakan persembahan dengan memetik gitar sepanjang memulakan cabaran American Idol. |
Friday, May 21, 2010
Lee DeWyze bakal juara American Idol?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: