Friday, May 7, 2010

Lea bikin kejutan


LEA (kiri) bersama aktor, Cory Monteith dalam satu adegan siri, Glee.


BINTANG siri televisyen popular, Glee, Lea Michele telah melakukan tindakan berani selepas muncul dengan gaya 'panas' dalam sebuah majalah fesyen.

Sesi fotografi dengan majalah Asos itu menyaksikan pelakon watak Rachel dalam Glee itu menyarungkan dres ketat dan berkilat tanpa memakai coli. Justeru, bayangkan bagaimana gaya Lea pada sesi fotografi tersebut.

Menerusi temu bual dengan majalah tersebut, aktres berusia 23 tahun itu berkata: "Saya amat mementingkan kesihatan. Saya tidak pergi berfoya-foya di kelab-kelab malam. Saya memiliki kehidupan yang aman dan damai."

Lea membuktikan kata-katanya itu ketika membuat kemunculan dengan busana yang baru digayakan model di pentas peragaan pada parti meraikan tayangan perdana musim terbaru Glee baru-baru ini dengan tubuh yang lebih menggiurkan berbanding kemunculannya pada Glee musim pertama.

Tubuhnya itu kini kelihatan sedikit kurus tetapi tampak segar, berbanding sedikit berisi sebelum ini.

"Lea telah menunjukkan cara bagaimana untuk mengayakan dengan baik, busana yang baru dipersembahkan di pentas peragaan," ulas pengkritik fesyen di Hollywood tentang gaya terbaru Lea itu.

Tambahnya: "Kelihatan agak janggal apabila golongan artis mahu meniru keseluruhan gaya busana yang digayakan model di pentas peragaan, biarpun artis itu sama cantik dan kurus seperti model.

"Namun dalam kes Lea, dia kelihatan bukan seperti klon model yang pernah mengayakan busana, tetapi dia tampil mengikut caranya sendiri, dan ia kelihatan hebat."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: